Monday, June 29, 2015
Seni 'Catur Politik' Khalid Ibrahim Kembali Teruji...
Melihat rekod kerjanya bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sebarangan orang.
Terkenal dengan taktik 'serangan subuh' di mana beliau mengetuai operasi
 mengambil alih sebuah syarikat British untuk dibawa ke Malaysia.
Beliau mengetui beberapa syarikat terkemuka negara sebagai CEO sebelum 'dipencenkan' dan masuk politik.
Seni politik Khalid sudah tentu lebih hebat dari Menteri Besar Selangor 
kini, Mohamed Azmin Ali yang jawatan paling kanannya hanyalah Setiausaha
 Sulit kepada Timbalan Perdana menteri.
Azmin jadi MB kerana ehsan bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 
terperangkap dengan kelicikan Khalid memastikan Anwar mahukan isterinya 
tidak jadi MB Selangor.
Sebab itu apabila tiba-tiba Khalid buka mulut mengenai jadi MB Selangor 
semula... ramai yang bercakap mengapa Khalid berkata begitu?
Apakah itu sebenarnya menjawab tawaran yang dibuat kepadanya terlebih dahulu atau apa...?
Tak kisah samada daripada PAS, PKR, DAP atau UMNO yang penting Khalid 
memerlukan sekurang-kurangnya 29 sokongan dari 56 ADUn Selangor untuk 
kembali memimpin di negeri tersebut.
Kerana itu kini Samada Khalid kembali jadi MB selepas sembilan bulan 
meninggalkan kerusi panas itu terpulang kepada 'seni politik' beliau.
Khalid boleh mengharapkan usul undi tidak percaya terhadap Menteri 
Besar, Mohamed Azmin Ali atau mendapatkan sokongan daripada PAS, Barisan
 Nasional dan individi-individu tertentu daripada PKR atau DAP.
Syaratnya asalkan mendapat majoriti mudah 29 undi.
Bekas Menteri Besar Selangor itu tidak sukar untuk memperoleh sokongan 
daripada penyokong-penyokongnya kerana dalam situasi semasa, Abdul 
Khalid juga mempunyai kelebihan.
Penganalisis politik, Prof. Salleh Buang berkata, DAP kini dalam proses 
meminta Mohamed Azmin Ali untuk menyingkirkan exco-exco Pas tertentu 
selepas parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat.
Jika exco-exco yang bakal disingkirkan ini tidak lagi menyokong Mohamed 
Azmin, bermakna Abdul Khalid berpeluang membentuk satu pakatan baru.
"Tidak perlu lompat parti seperti di Perak, cukup dengan menyatakan 
sokongan boleh menyebabkan Mohamed Azmin hilang kedudukan sebagai 
Menteri Besar.
"Percaturan seumpama ini boleh berlaku seandainya DAP tidak melaksanakan
 undi tidak percaya kepada Mohamed Azmin. Ini semua terpulang kepada 
strategi Abdul Khalid," katanya dipetik portal malaysiagazette pada 
Isnin.
Kerajaan Selangor pimpinan PKR sedia ada dibentuk hasil gabungan DAP dan
 Pas yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) 
manakala PKR memegang 13 kerusi.
Selain tiga parti itu, Barisan Nasional (BN) mempunyai 12 kerusi dan Bebas satu kerusi.
Untuk membentuk kerajaan, mana-mana parti atau gabungan parti perlu mempunyai majoriti mudah 29 kerusi.
Salleh berkata, DAP kini dilihat sedang menguji kekuatan sendiri, 
lantaran itu parti berkenaan masih belum membuat sebarang kenyataan 
berhubung sokongan terhadap Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini, Pas Selangor telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
Mengulas lanjut, Salleh berkata, istana tidak boleh membubar kerajaan 
negeri sehingga terbukti Mohamed Azmin kehilangan sokongan.
"Setakat ini istana telah melaksanakan langkah yang betul apabila 
memanggil Mohamed Azmin berhubung sokongan terhadap Menteri Besar," 
katanya. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment