Tuesday, June 30, 2015
Khalid Gagal Selesai Masalah Air Sepanjang Jadi MB, Saya Baru 9 Bulan - Azmin
Shah Alam : Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar
 Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan 
penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.
"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri 
besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya 
hari ini.
Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor.
Dalam kenyataannya hari ini, Khalid mendakwa sejak mengetuai pentadbiran
 kerajaan negeri itu sehingga kini, Azmin sengaja melambatkan proses 
pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal 
menggariskan pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu itu.
ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengingatkan bahawa Lembah Klang bakal 
berdepan dengan krisis air yang serius jika penstrukturan semula air di 
negeri itu tidak dilaksanakan.
Sementara itu memetik laporan Malaysiakini, Azmin berkata pertemuan 
dengan Majlis Pimpinan PKR Selangor adalah pertemuan bulanan bagi 
meneliti dan berbincang mengenai perkembangan baru termasuk berkaitan 
beberapa dasar kerajaan negeri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak mengarahkan semua pemimpin PKR 
memberi tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanakan oleh 
rakyat di negeri itu.
"Saya telah meminta semua pimpinan Keadilan memberi tumpuan dan fokus 
untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat 
Selangor dan memastikan aspirasi rakyat ini dapat dipertahankan dan 
dilaksanakan tanggungjawab masing-masing di semua peringkat," katanya. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment