Monday, June 29, 2015
Lihatlah Kurang Ajar Mamat Ni....Haron Din Diselar Besarkan 'Cerita Lama'
Kuala Selangor : Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din perlu berhenti 
menyalahkan DAP berhubung berakhirnya kerjasama Pakatan Rakyat.
Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, tindakan 
membawa 'cerita lama' membezakan antara 'kumpulan progresif dan bukan 
progresif' dalam PAS.
"Semuanya sudah berakhir. Sebagai ahli politik kita sudah sampai kepada 
tahap di mana kita telah mengambil langkah yang pasti dan kita perlu 
bergerak ke hadapan.
"Saya tidak tahu mengapa beliau masih mahu bercakap mengenai 
cerita-cerita lama. Ia langsung tidak membantu," kata Teng ketika 
ditemui pada majlis pecah tanah sebuah kuil di Tanjung Karang pada Ahad.
Beliau diminta mengulas kenyataan Haron yang menyalahkan DAP berhubung perpecahan Pakatan Rakyat.
Teng, yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, menambah bahawa sudah tiada
 guna untuk mana-mana pihak bercakap mengenai apa yang sudah berlaku.
"Seperti (pemimpin bekas Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah 
nyatakan, sekarang adalah masa untuk kita menyusun semula  ia adalah 
masa menyusun semula diri kita untuk maju ke hadapan.
"Kami dalam proses merancang sesuatu yang baharu untuk masa depan," katanya.
Ketika ditanya sama ada 'sesuatu yang baharu' itu bermakna pembentukan 
Pakatan 2.0, Teng bagaimanapun berkata "nama bukan perkara penting".
"Apa yang lebih penting adalah kandungan dan rangka kerja itu sendiri," 
kata beliau sambil menambah bahawa rangka kerja baharu itu merangkumi 
semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang 
progresif serta berpandangan jauh.
Ketika ditanya sama ada turut merangkumi PAS, Teng berkata: "Ya, orang-orang yang progresif dan berpandangan jauh."
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment