
Tuesday, June 30, 2015
Azmin Gila Pangkat Atau PAS Dan DAP Gila Talak?
Perjumpaan
 pertama kali antara DAP dan Azmin Ali selepas Pakatan Rakyat 
diistiharkan mati tidak memberikan sebarang keputusan yang konkrit.
Sebelum 
perjumpaan tersebut berlangsung, DAP dilihat cukup berkobar-kobar mahu 
menentukan untung nasib PAS. Namun nampaknya itu semua sekadar sandiwara
 “gertakan manja” DAP dan PKR semata-mata.

Mereka gagal
 mencapai keputusan yang membabitkan PAS di Selangor. Alasan bahawa DAP 
akan bertemu semula dengan Azmin selepas raya bagi membincangkan 
mengenai masa depan kerajaan negeri dilihat sekadar tindakan 
melengah-lengahkan keputusan.
Dalam masa 
yang sama, rakyat Selangor melihat tindakan melengah-lengahkan masa ini 
sebagai proses untuk DAP dan PAS berbaik-baik semula demi terus 
memastikan Azmin Ali tetap menjadi Menteri Besar Selangor.
Tambahan 
pula, jelas Azmin Ali terhutang budi pada PAS yang membolehkan beliau 
memegang jawatan tersebut apabila PAS menolak pencalonan Wan Azizah 
seterusnya menyingkirkan musuh tradisi Azmin iaitu Khalid Ibrahim.
Demi memastikan DAP dapat berkuasa di Selangor, DAP “redha” menerima Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
Beberapa 
hari yang lepas DAP Selangor telah membuat keputusan untuk mendesak 
Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari PAS. Mereka hanya 
beri tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September 
untuk Azmin membuat keputusan itu.
Sekiranya 
Azmin gagal mengambil tindakan tersebut, DAP akan bertindak keluar 
daripada pentadbiran Negeri Selangor. Desakan itu diputuskan dalam 
mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini, lapor akhbar Sin Chew 
Daily.
Walaubagaimanapun
 kita sebenarnya dapat meneka bahawa akhirnya DAP, PKR dan PAS akan 
tetap bersama untuk meneruskan cita-cita politik mereka yang cukup 
rakus. Segala perbezaan yang langsung tidak boleh diterima pun akhirnya 
akan dikorbankan.
Dengan kata 
lain penyokong DAP dan PAS akan dipermainkan lagi demi kerakusan politik
 pemimpin mereka. Apa yang perlu kita hairankan? Selama ini PAS 
sememangnya mempergunakan agama demi politik peribadi. Begitu juga, 
penyokong DAP diperbodohkan demi kepentingan Dinasti Lim Kit Siang.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment