Tuesday, June 30, 2015
Kepakaran Perubatan Malaysia Setanding dan Murah
Kepakaran perubatan di Malaysia adalah setanding 
dan adakalanya lebih baik berbanding kebanyakan negara barat, kata 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa pada awal tahun ini, sistem penjagaan
 kesihatan negara mendapat skor tertinggi daripada 25 negara yang dibuat
 tinjauan oleh sebuah penerbitan Amerika, mengatasi Sepanyol, Perancis, 
Ireland dab New Zealand.
“Kita patut berbangga dengan pengiktirafan itu dan saya mengucapkan 
tahniah kepada anggota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) atas kerja 
keras mereka menjadikan Malaysa satu daripada sistem penjagaan kesihatan
 terbaik di dunia.
“Ini bukan suatu pencapaian yang kecil,” katanya pada majlis 
pelancaran buku ‘Malaysan Medical Association Fifty Five Years 
1959-2014′ di sini hari ini.
Najib berkata kecemerlangan juga terserlah melalui jumlah warga asing
 yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan prosedur perubatan.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment