Monday, June 29, 2015
Najib Kutuk Serangan Ke Atas Orang Awam Tidak Berdosa Di Perancis, Tunisia & Kuwait
28 Jun 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun 
Razak hari ini mengutuk tindakan keganasan yang kejam ke atas orang awam
 yang tidak berdosa di Perancis, Tunisia dan Kuwait.
Beliau berkata kekejaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar
 kerana ia menyebabkan kecederaan dan meragut banyak nyawa dalam bulan 
Ramadan yang suci.
“Saya mengutuk tindakan keganasan yang kejam ke atas orang awam yang 
tidak berdosa. Kekejaman ini, adalah bertentangan dengan ajaran Islam 
sebenar. Takziah daripada saya dan al-Fatihah,” kata Najib melalui akaun
 Twitter dan Facebook beliau.
Media antarabangsa melaporkan seorang lelaki menyerbu sebuah loji 
kimia milik Amerika dekat Lyon, Perancis, memenggal kepala seorang 
mangsa dan kemudiannya cuba meletupkan kemudahan berkenaan.
Di Tunisia, seorang penyerang melepaskan tembakan rambang di sebuah 
pusat percutian terkenal dan membunuh sekurang-kurangnya 38 orang 
manakala di Kuwait, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di 
dalam sebuah masjid mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 penganut Syiah 
terbunuh.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment