Reaksi Ahmad Razif yang “cool” serta tenang apabila dikejutkan dengan perkara ini menarik minat rakyat untuk terus bersama dengan beliau.
Monday, June 29, 2015
Mohd Jidin Perlu Tampil Tangkis Dakwaan
Khabar angin yang
bertiup kencang baru-baru ini berkenaan isu Ahli Dewan Undangan Negeri
Permaisuri Dato’ Mohd Jidin Shafee dan beberapa rakannya dalam Umno
merancang untuk menukar kepimpinan kerajaan Terengganu yang sekarang
dipimpin oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bertambah panas apabila
beliau tidak hadir dalam majlis berbuka anjuran kerajaan negeri bersama
Persatuan Anak Terengganu (PESAT).
Seorang pemerhati politik Terengganu,
Yasmin Alya Ibrahim dilihat seolah-olah mencabar Mohd Jidin agar tampil
menangkis dakwaaan tersebut yang kini agak viral dalam media sosial.
Menurut beliau, ketidakhadiran Mohd Jidin dalam majlis tersebut
mengundang tanda tanya di kalangan rakyat Terengganu.
Dengan sendirinya mereka membuat
kesimpulan bahawa tindakan Mohd Jidin yang tidak hadir di majlis itu
seolah-olah mengiyakan desas-desus bahawa beliau dan beberapa rakannya
dalam Umno merancang untuk menukar pimpinan kerajaan Terengganu yang
sekarang dipimpin oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Sejak tersebarnya “printscreen” dari
aplikasi whatsapp yang dicetuskan oleh seorang bekas pegawai Tadbir
Negeri Wan Ahmad Ismail mengatakan bahawa Mohd Jidin akan dilantik
menjadi Menteri Besar pada September ini, Mohd Jidin hanya mengambil
sikap berdiam diri dan tidak pula menyangkal andaian yang dibuat oleh
Wan Ahmad Ismail sedangkan beliau berada di dalam “group whatsapp”
tersebut.
Para pemerhati politik Terengganu mula
menimbulkan persoalan adakah Mohd Jidin terlepas pandang dengan dakwaan
yang dibuat oleh Wan Ahmad Ismail dalam whatsapp tersebut atau Mohd
Jidin hanya sekadar tersenyum lebar membaca apabila dirinya diangkat
oleh Wan Ahmad Ismail?
Bagi rakyat Terengganu yang mementingkan
kestabilan politik, mereka beranggapan bahawa segala persoalan tersebut
hanya boleh terjawab apabila Mohd Jidin tampil dan menyangkal dakwaan
tersebut.
Sekiranya beliau terus mengambil
keputusan untuk berdiam diri, maka orang ramai terutamanya ahli politik
akan terus menganggap bahawa Mohd Jidin mengiyakan dakwaan Wan Ahmad
Ismail.
Bagi pendapat saya pula, ahli politik
di Terengganu tidak perlu melatah dengan apa yang dikeluarkan oleh Wan
Ahmad Ismail kerana siapa dia? Adakah dia mempunyai pengaruh politik
yang kuat di kalangan Yang Berhormat dan ahli politik negeri? Adakah dia
mempunyai hubungan istimewa dengan istana yang boleh membawa percetusan
untuk menukar kepimpinan negeri?
Ini memandangkan Wan Ahmad Ismail
hanyalah seorang bekas pegawai tadbir negeri yang dilihat sering membuat
kecoh di dalam sebuah “group whatsapp” semata-mata.
Walaubagaimanapun, kekecohan yang dibuat
oleh Wan Ahmad Ismail juga turut membuka mata rakyat untuk melihat
bagaimana tindakan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd
Rahman apabila menerima tekanan sedemikian.
Reaksi Ahmad Razif yang “cool” serta tenang apabila dikejutkan dengan perkara ini menarik minat rakyat untuk terus bersama dengan beliau.
Demi menjernihkan keadaan maka Mohd Jidin
perlu tampil untuk menangkis dakwaan tersebut dan terus menyokong
kepimpinan Ahmad Razif. Sekiranya beliau mendiam diri maka ianya
seolah-olah mengiyakan apa yang dikatakan. Oleh itu Ahmad Razif perlu
berhati-hati dengan Mohd Jidin dalam pentadbiran beliau..
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment