 
 Monday, June 29, 2015
Air (Keperluan), GST (Politik), Mana Satu Keutamaan Rakyat Selangor?
EDITOR MENULIS...
29 JUN 2015
Samada sesiapa sedar atau tidak, masalah
 air di Selangor sedang bertambah serius sejak Azmin mengambilalih 
jawatan Menteri Besar negeri itu dari tangan Khalid Ibrahim.
Beberapa daerah dalam negeri itu mula 
mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dari masa ke semasa. 
 Daerah Hulu Langat dan sekitarnya sebagai contoh, mula mengalami 
gangguan bekalan air sejak beberapa hari lepas.
Menurut sumber masalah ini akan 
berterusan dan memberi kesan kepada daerah-daerah lain dalam negeri 
Selangor dan dijangka memburuk menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 
yang akan datang.
Sebab takde notis, rakyat jadi huru hara, nak simpan air atau tidak dan sebagainya.
Nak tahu berapa besar impak masalah 
bekalan air ini, Azmin sudah pun diminta meletakkan jawatan oleh Khalid 
kerana kegagalannya menyelesaikan masalah utama yang mengganggu 
kelancaran kehidupan sehari-harian rakyat.  Zaman Khalid pun masalah air
 dah bermula dah, tapi kurang-kurang ada notis dan berjadual tapi 
sekarang, tau-tau dah takdak air saja.
Begitupun, yang menganggu fikiran 
penulis ialah, sementara masalah keperluan asas ini terus membelenggu 
rakyat Selangor, pemimpin politik dari parti-parti yang membentuk 
kerajaan negeri hari ini lebih sibuk dengan isu-isu nasional macam GST –
 seolah-olah itu lebih penting dari soal keperluan macam air.
Difahamkan, di Selangor hari ini sedang 
hebat dipacak billiboard besar GST bertujuan untuk mengelirukan rakyat 
tentang perlaksanaan sistem baru cukai tersebut.  Kenapa boleh jadi 
macam itu ya?
GST bukan kena pada semua barangan dan 
perkhidmatan pun tapi air adalah keperluan semua orang, patut itu yang 
dulu diberi perhatian, bukan GST.
Hari ini isu GST lebih kepada isu 
politik, hampir tidak menjejaskan rakyat sama sekali.  
Sedangkan air 
adalah keperluan asas yang sepatutnya tidak berlaku di negeri maju macam
 Selangor (sejak zaman BN perintah lagi maju dah).
Disediakan oleh :
 
 
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment