Monday, June 29, 2015

Perlu Berhati Hati Dan Awas! “Politik Songkok” Menular Dari Singapura Ke Malaysia…

Seronok sungguh “pak lebai-pak lebai PAS” bila DAP umum mahu beri bantuan bina masjid di sebuah kampung di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. Senario itu seolah menunjukkan “mesra” sungguh nampaknya DAP dengan Islam, bukan?

Apatah lagi baru-baru ini juga, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menabur duit sebanyak RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya. Seronok dan mengembirakan betul, kan?

Bukan main lagi “wayang Cina” yang DAP tayangkan pada umat Islam di bulan Ramadhan ini. Seolah mereka benar-benar “mesra” dan sangat “cintakan” Islam layaknya. Siap bersongkok, berbaju kurung bertudung selendang nampak rambut lagi, kan?

Melihat “politik” DAP tersebut, saya teringat pada “politik” mendiang Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew suatu ketika dulu di mana “trick” yang sama digunakan beliau untuk “memancing” orang Melayu di pulau “Temasek” itu. Sebijik saling tak tumpah, kan?

hannah-yeoh-tudung-650x450
Ketika itu, parti PAS yang dimonopoli kaum Cina di Singapura sememangnya mengharapkan sangat undi dari bangsa Melayu yang menjadi “undi penentu” di negara tersebut. Namun selepas menang pilihanraya, terimalah “habuan”, kan?

Bagaimana Melayu dan Islam di Singapura sekarang? Sama seperti Malaysia? Atau lebih “hebat” syiar Islam di Singapura berbanding di negara kita?

Itulah jadinya bila termakan “politik songkok” Lee Kuan Yew puluhan tahun yang lalu. Singapura mungkin maju dan berpendapatan tinggi. Tapi syiar Islamnya? Apakah Islam sama membangun setara dengan kemajuan, kemodenan dan “kocek” umat Islam di negara itu?

Sebelum ini, ramai di kalangan umat Islam di negara kita yang termakan dengan dakyah PAS yang mengatakan adalah haram untuk menerima duit dari kerajaan UMNO. “Najis” katanya. Kalau dibina masjid pun dengan duit itu, “haram” hukumnya bersandarkan pada dalil “bercampur yang haram denga halal, jadi haram”.. konon!

Kini “kelam mata” dengan sogokan RM2,000 dan RM1,000? Tidak pula ditanya pada Adun Subang Jaya itu dari mana sumbernya wang yang diberikan itu, kan? Bagaimana kalau ia berasal dari sumber yang haram? “Wal halaluku, wal haramumu” juga, kah?

Kalau dibandingkan dengan kerajaan “zalim” UMNO, boleh dikatakan hampir seluruh masjid di segenap pelosok negara ini dibina, dibiayai dan diselenggara oleh kerajaan yang kononnya “thoghut” itu. Mana elaun Imam, Bilal dan Siaknya pun adalah bersumberkan dari Kerajaan UMNO.

Namun pernahkah UMNO dipuji atau sekurang-kurangnya bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberi kuasa kepada sebuah kerajaan yang jauh lebih baik dari parti “politik songkok” di Singapura? Bukan diucap terima kasih, malah UMNO dikafirkan, dibenci dan dijadikan musuh pula, kan?

Maka benarlah kata-kata pemimpin UMNO Selangor yang baru saya temui baru-baru ini, minda rakyat kini, khususnya umat Islam telah dikotorkan dengan “permainan politik kebencian” yang sangat menjijikkan.

Puas mencipta kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional, kini tiba masanya mereka “tunjuk baik” kepada seluruh umat Islam dengan “kosmetik” yang mungkin dipinjam dari PAS sebelum ini, kan? Itulah realiti senario budaya politik negara ketika ini. Wallahua’alam. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment