Monday, June 29, 2015
UMNO Johor Tidak Akan Pujuk Khairul Anwar...Kononnya Nak Jadi Hero
Nampaknya tiada jalan pulang kepada Naib Ketua Pemuda Umno Johor Datuk
Khairul Anwar Rahmat yang mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya
dalam parti mulai 11 Julai 2015.
Sebelum ini ramai melihat tindakan Khairul mengumumkan melalui
persaraannya dari politik melalui bahagian komunikasi korporta
syarikatnya dan menggunakan tarikh berkuatkuasa yang agak lama sebagai
satu tindakan politik.
Khairul yang dikritik hebat sebelum ini kerana kontroversi program
“nothing2hide” dan tindakan beliau menyalahkan orang lain, dilihat
merajuk dan mahu dipujuk.
Namun hari ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu adalah tindakan peribadi dan
perlu dihormati.
Bercakap kepada Malaysiakini.com, Khaled mengakui yang beliau tidak dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu.
“Sebab utama saya pun tak tahu, jadi saya tidak hendak ulas (lanjut).
Kami menghormati keputusannya, mungkin dia ada sebab mengapa dia
lakukan,” kata beliau kepada pemberita selepas program Ziarah Ramadan di
Masjid Kampung Melayu Pandan, di Johor Bharu hari ini.
Menteri Besar Johor itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan
Khairul Anwar yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam),
melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu bagi menumpukan sepenuh
perhatian kepada kerja kemasyarakatan dan perluasan operasi syarikatnya
berkuat kuasa 11 Julai ini, pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Khairul berkata beliau turut melepaskan jawatan
sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang dan Ketua Sekretariat
Perundangan UMNO Malaysia.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment