Tuesday, June 30, 2015
Faekah Lagi Bersuara Lantang.....SIBUK PROJEK SWASTA, RAKYAT DIBIAR TIADA AIR
Faekah bidas Mentei Besar, Mohamed 
Azmin Ali yang lebih fokus projek swasta bernilai RM10 bilion berbanding
 menyelesaikan keperluan asas rakyat
30 Jun 2015, Shah Alam : Rakyat Selangor akan terus berhadapan dengan masalah air 
yang tidak berkesudahan apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin 
Ali yang telah diberi mandat oleh rakyat lebih memberi fokus kepada 
projek swasta bernilai RM10 bilion berbanding menyelesaikan keperluan 
asas rakyat.
Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin secara sinis berkata, 
tindakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak ‘bersenjatakan’ gayung 
dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini menunjukkan 
kegagalan demi kegagalan Azmin untuk menyelesaikan pelbagai isu 
berkaitan bekalan air bersih.
Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini 
juga merasa kesal usaha beliau untuk menjayakan penyusunan semula 
industri air bagi menyelesaikan segala permasalahan berkaitan air dengan
 kerjasama kerajaan Persekutuan terbantut.
“Datuk Menteri Besar sekarang nampaknya terlalu fokus dengan DEIG yang 
baru sahaja ditubuhkan hasil pengubahsuaian Perbadanan Menteri Besar 
Selangor (MBI).
“Setelah berulang kali saya menegaskan tiada kompromi dalam proses 
memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan 
pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka bakal 
mengalami masalah bekalan air kritikal sekiranya Loji Rawatan Air Langat
 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) gagal disiapkan menjelang 2017.
“Saya yakin kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan
 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya 
usaha ini menemui jalan buntu,” ujarnya. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment