Tuesday, June 30, 2015
Komen PM Terhadap Dakwaan Anwar Sakit Dalam Penjara....
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang Selasa memberitahu beliau 
ambil maklum kesihatan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 
yang kini dipenjara lima tahun atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya
 pada tahun 2008.
Menurut facebooknya, Najib berkata beliau mahu pihak berkenaan mempastikan Anwar terima rawatan sewajarnya.
Sebelum ini keluarga Anwar pernah mendakwa beliau sakit dan cuba 
melakukan tekanan politik kepada kerajaan, bagaimanapun Anwar yang 
dirawat beberapa hari di Hospital Besar Kuala Lumpur didapati tidak 
mengalami sebarang penyakit seperti yang didakwa keluarga dan peguamnya.
Pagi Selasa, salah seorang peguamnya R. Sivarasa mahu Anwar ditahan di 
bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan 
penjagaan kesihatan.
Beliau Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara
 Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang 
diperlukan.
Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital 
Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.
Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang 
laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada 
kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.
"Anwar yang ditahan dalam kurungan sel kosong yang terdedah, bersama 
baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan yang panas dan 
lembap dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah 
kesihatannya," kata Sivarasa dalam satu kenyataan media.
Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi 
kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment