Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Tuesday, June 30, 2015
Hari Terbuka GST Pemuda UMNO Capai Objektif – Jamawi
30 Jun 2015, Kuala Lumpur : Hari terbuka Good & Services Tax (GST) 
anjuran Pemuda UMNO yang berlangsung di Dewan Perdana Mestika, Institut 
latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi tadi dianggap mencapai sasaran
 dan objektif.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar berkata program tersebut 
yang dihadiri oleh lebih 30 NGO dan orang ramai ternyata telah memberi 
jawapan dan banyak memberi input kepada kerajaan berhubung pelaksanaan 
cukai berkenaan.
Menurut beliau menerusi wakil kementerian yang terlibat dalam 
pelaksanaan cukai berkenaan, rata-rata mereka yang hadir dapat 
bertanyakan soalan dan pelbagai kemusykilan yang timbul.
“Alhamdulillah…kita bukan sahaja berpuas hati malah melihat program 
ini mencapai objektifnya. Rata-rata mereka yang hadir dapat bertanyakan 
secara terus kepada agensi berkenaan.
“Tambahan pula dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmd
 Maslan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Datuk 
Hasan Malek, mereka dapat mendengar sendiri secara berdepan.
“Tadi pun kita dapat lihat bagaimana Datuk Ahmad Maslan menjawab 
sendiri soalan yang dilontarkan oleh wakil NGO dan peserta yang hadir. 
Begitu juga dengan agensi terlibat lain.
“Insya Allah, kita akan adakan lagi program seumpama ini di peringkat
 negeri kerana tadi pun ada permintaan daripada peringkat negeri untuk 
di bawa ke peringkat negeri masing-masing,” katanya kepada UMNO-Online, 
di sini, hari ini.
Lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelbagai NGO seperti 
Persatuan Pemborong, Peruncit dan orang ramai serta Pemuda UMNO 
menyertai Hari Terbuka GST yang berlangsung pagi tadi.
Turut hadir ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan pimpinan Pemuda UMNO yang lain.
Jamawi seterusnya menambah pelbagai maklum balas yang diterima akan 
dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan bagi melicinkan lagi 
pelaksanaan cukai berkenaan.
“Kita melihat menerusi program seumpama ini, bukan sahaja segala 
kekeliruan dapat dijelaskan secara terperinci, malah dapat mengetahui 
input-input permasalahan mengenai pelaksanaan cukai ini di peringkat 
akar umbi. Kadang-kadang diperingkat atasan mungkin terlepas pandang”, 
ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 



 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment