Monday, June 29, 2015
Wowww.....Salih Bakal Dikurniakan Anak Ke-13...Apa-Apa Pun Tahniah Salih Yaacob Semoga Berbahagia Hendaknya
Kuala Lumpur : Pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 54, bakal dikurniakan 
anak ke-13 hasil perkongsian hidupnya dengan isteri keempat, Samihah 
Syeikh Amy, 28, atau Emi.
Salih ketika dihubungi berkata, isterinya itu dijangka akan melahirkan anak pada bila-bila masa minggu ini.
Salih yang juga penyampai radio Sinar FM memilih Emi sebagai isteri 
keempatnya pada 2011 dan berita perkahwinannya mendapat tumpuan 
masyarakat.
Tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, 
Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ini. Malah 
hubungan harmoni sesama mereka sering dijadikan contoh lelaki yang ingin
 berpoligami.
Selain bakal memperoleh anak ke-13, Salih turut mempunyai enam cucu 
termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan 
dua minggu lalu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment