Sunday, July 05, 2015
Tindakan Tegas Terhadap Pihak Cuba Mudaratkan Malaysia
5 Julai 2015, Putrajaya : Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja
Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut
undang-undang terhadap individu yang cuba memudaratkan ekonomi dan
proses demokrasi Malaysia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan
amaran itu berkata sejak beberapa bulan lepas, dilihat terdapat cubaan
untuk menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan kerajaan
negara ini yang dipilih secara demokrasi.
“Ini boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid berkata sumber bagi semua dakwaan itu diperoleh daripada
data yang didakwa dicuri oleh seorang individu yang telahpun ditahan dan
kini disiasat bagi cubaan memeras ugut.
“Sebuah syarikat keselamatan siber antarabangsa bebas, Protection
Group International (PGI), telah mengesahkan kecurian itu dan menyatakan
bahawa maklumat yang diterbitkan itu boleh dipertikaikan dan tidak
boleh dipercayai,” katanya.
“Beberapa laporan media didapati memetik dokumen-dokumen yang tidak disahkan.
“Adakah dokumen itu tulen? Adakah dokumen itu benar-benar wujud?
Siapakah kumpulan penyiasat yang tidak dinamakan yang kononnya mengesan
pergerakan wang itu?” soalnya.
Ahmad Zahid berkata pelbagai dakwaan dan syak wasangka telah
dilemparkan terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun
Razak.
“Ini merupakan amalan kewartawanan tidak bertanggungjawab dan
semberono dan perbuatan itu menghampiri kesalahan jenayah,” katanya.
Katanya siasatan sedang dijalankan dan dengan itu semua pihak (dalam
negara dan antarabangsa) sepatutnya tidak mengulas perkara itu untuk
mengelakkan daripada mengelirukan orang ramai.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment