Wednesday, February 10, 2016
14,000 Peluang Kerja Bakal Ditawarkan Di Sabah Tahun Ini
KOTA KINABALU : Jabatan Tenaga Kerja Persekutuan (JTK) mahu
menyediakan sehingga 14,000 peluang pekerjaan dalam sektor swasta untuk
rakyat Sabah yang menggangur tahun ini.
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah
Datuk Siringan Gubat berkata perkara itu dinyatakan Pengarah JTK Negeri
Kamal Pardi semasa mengunjunginya baru-baru ini.
Berdasarkan penganggur berdaftar JTK, kadar pengangguran di Sabah
kini ialah 4.7 peratus berbanding Sarawak (3.8 peratus) dan Semenanjung
(2.1 peratus).
“Jabatan itu sedang berusaha untuk menawarkan (peluang pekerjaan)
sedia ada semasa Karnival Kerjaya di beberapa wilayah di Sabah pada 1
Mei,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Karnival itu akan diadakan di Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.
Sehubungan itu, Saringin menggesa mereka yang mencari kerja supaya
mengunjungi karnival itu dan membuat pilihan terbaik daripada
peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan.
Beliau juga gembira bahawa beberapa pengusaha ladang di Sabah seperti
Felda Sahabat di Lahad Datu membayar gaji minimum RM900 seperti di
Semenanjung dan bukannya RM800 seperti di Sabah, Sarawak dan Labuan
kepada para pekerja mereka.
“Saya berharap pengusaha ladang lain juga berbuat demikian kerana
langkah itu akan menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan bekerja di
sektor perladangan dan pertanian dan mengurangkan penggantungan kepada
pekerja asing,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment