Wednesday, February 10, 2016
Rafizi… Belajarlah Berhenti Buat Fitnah!
PULAU PINANG : Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Jelutong, Jasmin Noordin meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi
Ramli agar berhenti daripada terus memburuk-burukkan Tabung Haji, yang
merupakan satu institusi Islam di negara ini dengan mengeluarkan
kenyataan yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara
ini.
Kata beliau, kenyataan Rafizi sebelum ini yang mendakwa Tabung Haji
tidak mampu untuk membayar dividen kepada penyimpan ternyata tersasar
apabila akhirnya Tabung Haji mengumumkan keseluruhan dividen sebanyak
lapan peratus.
“Saya minta Rafizi berhentilah buat fitnah dan terus
memburuk-burukkan Tabung Haji. Sebelum ini, kenyataan beliau menyebabkan
ada sebahagian kecil umat Islam yang telah mengeluarkan simpanan mereka
kerana percaya dengan kata-kata Rafizi yang mendakwa kewangan Tabung
Haji goyah sehingga tidak mampu bayar dividen.Tapi, akhirnya terbukti
bahawa segala yang dikatakan oleh Rafizi itu tidak benar belaka.
“Hari
ini, Rafizi sekali lagi buat kenyataan untuk mengelirukan rakyat,
kononnya pembayaran dividen bukan bukti kewangan Tabung Haji kukuh. Bagi
saya, kenyataan beliau ini sebenarnya adalah serangan yang sengaja
diada-adakan yang berkemungkinan merupakan satu serangan yang
diagendakan oleh pihak tertentu untuk menyerang institusi Islam di
negara ini,” tegasnya kepada media di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, serangan-serangan pihak pembangkang terhadap
institusi kerajaan dan juga Islam di negara ini bukanlah dengan niat
untuk mengetahui kebenaran atau untuk memperbetulkan kepincangan, namun
ianya hanyalah semata-mata serangan politik yang bertujuan menimbulkan
persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.
“Selama ini sudah berapa kali Rafizi di dapati bersalah kerana
memfitnah. Bukan Rafizi saja bahkan boleh dikatakan hampir ke semua
pemimpin kanan pakatan pembangkang pernah disabitkan bersalah oleh
mahkamah kerana memfitnah.
“Sebab itu saya katakan, pihak pembangkang tidak mempedulikan samada
info yang mereka terima itu benar atau tidak, tetapi apa yang penting
bagi mereka ialah info itu mampu untuk membangkitkan sentimen kebencian
rakyat terhadap kerajaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat di negara ini, khususnya
umat Islam agar sentiasa berhati-hati apabila menerima sebarang
maklumat yang disebarkan melalui media sosial terutamanya yang datang
dari pihak pembangkang.
“Dalam hal penyebaran info yang tidak sahih atau info separuh sahih
yang dimanipulasikan, pembangkang memang terhadap dalam hal-hal seperti
ini.Mereka akan menyebarkan apa saja maklumat yang boleh memberikan
keuntungan politik kepada mereka dan menimbulkan persepsi negatif rakyat
terhadap pemerintah.
“Justeru itu, saya nasihatkan agar kita semua berhati-hati agar tidak
terpedaya dan tertipu dengan propaganda dan provokasi yang dilakukan
oleh pihak pembangkang dan juga kuncu-kuncunya di media sosial, supaya
kita tidak membuat keputusan yang salah kerana percaya kepada maklumat
yang salah,” jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment