Thursday, February 11, 2016
Anggota UMNO Kedah Diminta Bantu Ahmad Bashah Perkukuh Jentera Parti
ALOR SETAR : Ketua Penerangan UMNO Kedah Datuk Mohd
Rawi Abdul Hamid meminta semua anggota parti supaya merapatkan semula
barisan dan memberi sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad
Bashah Md Hanipah yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri yang baharu.
Beliau berkata sokongan mereka amat penting bagi memantapkan jentera
UMNO sebagai persediaan untuk mengekalkan Barisan Nasional (BN) memegang
tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-14.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Ahmad Bashah kerana telah dilantik
sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menggantikan Datuk
Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, hari ini. Dengan perlantikan ini,
diharapkan beliau (Ahmad Bashah) dapat menggerakkan jentera UMNO dengan
baik dan tersusun.
“Kita akan memperbanyakkan aktiviti sebagai persediaan menghadapi
PRU14 dan saya berharap semua ahli UMNO dapat kembali bersatu untuk
memperkukuhkan UMNO,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Rawi berkata kemelut yang melanda Kedah baru-baru ini memang
memberi kesan namun impaknya sangat kecil dan dia yakin semua anggota
UMNO yang sayangkan parti akan mengambil langkah dengan ‘buang yang
keruh, ambil yang jernih’ demi kelangsungan parti.
Pelantikan Ahmad Bashah diumumkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri
Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Kedah, juga berkuat kuasa hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment