Thursday, February 11, 2016
PAC Utamakan Pembentangan Ketua Audit Negara – Hasan
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) memberi keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
dan menyiapkan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen secara telus
dan adil.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata PAC akan mendengar
Pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB
pada 24 dan 25 Februari ini.
“Hari ini, PAC selesai mendengar keterangan bekas Pengerusi Lembaga
Pengarah 1MDB Tan Sri Bakke Mohd Salleh dan mantan Ketua Pegawai
Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
“Selepas pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara ini, jika
sangat perlu dan ada kewajaran dalam membantu PAC bagi mendapatkan
maklumat untuk membuat Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus
Tadbir 1MDB ke Parlimen, barulah PAC akan menimbang untuk memanggil
saksi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hasan berkata PAC dianggotai oleh wakil-wakil daripada Barisan
Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, Gerakan, PBB dan UPKO serta
wakil parti pembangkang iaitu dari PKR, DAP dan PAS.
Beliau juga meminta rakyat supaya yakin dengan ketelusan Laporan PAC yang akan dibentang ke Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment