Thursday, February 11, 2016
Aura Politik Anwar Sudah Berkubur – Syed Ali
KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim tidak lagi mempunyai ‘aura’ yang boleh mempengaruhi lanskap
politik di negara ini, tegas Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
“Aura politik sudah mati, tidak ada kesannya kepada pesekitaran
politik masa kini, hayat politik Anwar sudah dipenghujung jalan,”
ujarnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Sebaliknya tegas beliau, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu
sepatutnya tidak diganggu agar lebih selesa berehat di Penjara Sungai
Buloh.
Ketua
UMNO Bahagian Cheras itu sekaligus menolak tanggapan Presiden Parti
Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang bertegas mendakwa Anwar
merupakan faktor penting Pakatan Harapan untuk membawa perubahan politik
di negara ini.
Mohamad atau popular dengan panggilan Mat Sabu dilaporkan berkata
Anwar masih diperlukan kerana faktor penting Pakatan Harapan dan anak
muda perlu lakukan perubahan.
Syed Ali menjelaskan, Anwar sudah tidak lagi menjadi faktor penentu
kebangkitan pakatan pembangkang kerana rakyat sudah bosan dengan
percaturan politik beliau selama ini.
“Daripada kes meliwat, ianya amat terkesan kepada rakyat terutama
orang Melayu, ianya bukan satu bentuk kezaliman politik tetapi
berasaskan kepada keluhuran undang-undang,” tegasnya.
Katanya, apabila aura seseorang pemain politik sudah berkubur secara
tidak lansung sudah tidak diperlukan lagi oleh masyarakat apatah lagi
jika dikaitkan dengan permasalahan moral yang teruk atau memalukan.
“Begitulah Anwar, auranya sudah berkubur, sudah lenyap di makan masa,
biarlah dia berehat di sana (Sungai Buluh) dan menghabiskan sisa
usianya dengan sebaik mungkin,” tegasnya.
Bagaimanapun pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, kenyataan
Mat Sabu menyerlahkan tanggapan umum bahawa pakatan pembangkang tidak
sekuat mana seperti yang digembar-gemburkan.
Oleh sebab itu katanya, Mat Sabu masih lagi memperalatkan nama Anwar
bagi menarik perhatian anak muda terutama golongan mahasiswa.
“Pembangkang cuba jadikan Anwar sebagai potret kebangkitan golongan pelajar walaupun sejarahnya sudah lama berlalu,” uajrnya.
Ujarnya lagi, imej dan lanskap politik Anwar bukan seperti zaman
70-an di mana kebangkitannya boleh menggegarkan persada politik pada
ketika itu.
“Hakikatnya, zaman sudah berlalu, imej dan wajah politik Anwar sudah
kotor kerana terpalit kes liwat dan semakin dilupakan,” katanya.
Malah menurut beliau, generasi hari ini mengetahui Anwar merupakan
pemain politik yang dipenjarakan kerana disabit kesalahan meliwat bekas
pembantu peribadinya, aura beliau sudah tidak ada lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment