Tuesday, February 09, 2016

Bekas Setiausaha Kerja UMNO Dan BN Datuk Yaakob Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Kerja UMNO dan Barisan Nasional (BN) Datuk Yaakob Mohammad, 67, meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Pakar KPJ Damansara, di sini akibat komplikasi paru-paru.

Anak Allahyarham, Datuk Ahmad Fazley Yaakob yang juga penyanyi dan pakar motivasi berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 2.02 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 8 Feb -- GAMBAR FAIL ... Bekas Setiausaha Kerja UMNO dan Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad, meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat komplikasi paru-paru di hospital KPJ Damansara Specialist, awal pagi ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Umi Kalsom Abdul Latib dan empat anak serta tujuh orang cucu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada kira-kira 10.30 pagi ini, selepas disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Bagi tempoh 1991 hingga 1997, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerja BN, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar dan Ketua Biro Kebajikan dan Kemiskinan UMNO Alor Setar, selain menjawat jawatan Setiausaha Kerja UMNO bermula 1988.

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN bermula 1991 hingga September 2009.

Dalam pada itu, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 2002.

Antara jawatan dalam perkhidmatan awam yang pernah dipegang oleh Allahyarham ialah Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pengarah Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment