Tuesday, February 09, 2016
PM Nasihat Peniaga Patuhi Skim Harga Kawalan Musim Perayaan
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri mahu semua peniaga di seluruh
negara supaya mematuhi Skim Barangan Harga Kawalan, khususnya pada musim
perayaan seperti yang telah ditetapkan.
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status terkini laman Facebooknya
turut menyeru para pengguna untuk mempraktikkan hak mereka dengan
melaporkan mana-mana peniaga yang gagal mengikuti arahan harga kawalan
itu kepada pihak berkuasa.
“Semua peniaga di seluruh negara wajib mematuhi harga kawalan yang
telah ditetapkan.
Sekiranya ada peniaga yang gagal berbuat sedemikian,
para pengguna berhak dan harus melaporkannya kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,” katanya.
Beliau yang mengadakan lawatan sehari ke Labuan semalam turut
menyatakan berpuas hati dengan harga jualan barangan harga terkawal di
wilayah itu bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
KPDNKK telah menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga
terkawal bersempena Tahun Baharu Cina, berkuat kuasa dari 3 hingga 14
Februari ini.
Antara barangan itu ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan
dibersihkan berserta organ dalaman), telur, kubis bulat import, bawang
putih (China), ikan bawal putih dan udang putih besar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment