Thursday, February 18, 2016
Cerca Melayu Bodoh, Bangang Dan Bahalol… Mat Sabu Terdesak, Melampau
KUALA LUMPUR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Muhamad
Sabu hari ini diselar setelah melabelkan Melayu terutama golongan
pertengahan menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN)
pada pilihan raya umum lalu sebagai bodoh, bangang dan bahalol.
Sambil menyifatkan tindakan Mat Sabu itu sebagai tindakan orang
terdesak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Hj Maulizam
Bujang turut meminta agar Mat Sabu tidak melampau menghina pengundi
Melayu.
Beliau seterusnya berkata Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebenarnya tidak
memahami sejarah dan tidak mendalami dengan mendalam bagaimana
sumbangan UMNO bersama parti-parti lain di dalam Barisan Nasional (BN)
sejak merdeka hingga ke hari ini.
Jelasnya
lagi kepercayaan yang diberikan oleh rakyat terhadap BN adalah
berdasarkan keupayaan dan bukannya berdasarkan kepada janji-janji manis
yang ditabur semata-mata-mata untuk mendapatkan kemenangan.
“Jadi Mat Sabu janganlah pelik dengan sokongan tersebut dan janganlah
bertindak di luar norma-norma sebagai pemimpin setelah kecewa dengan
kepercayaan yang masih lagi diberikan oleh rakyat kepada BN. Bagaimana
rakyat nak percaya jika perjuangan parti yang bersimpang siur seperti
parti yang dipimpin Mat Sabu?
“Dan juga janganlah kecewa sebegitu rupa gara-gara PAN sehingga kini
masih lagi belum mendapat kepercayaan yang sepenuhnya di kalangan rakyat
apatah lagi di kalangan pendokong UMNO mahu pun Pas itu sendiri,”
katanya kepada media, di sini, hari ini.
Utusan melaporkan, dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN,
Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai
bodoh, bangang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka
Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di Sungai Petani.
Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas
pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional
(BN) pada pilihan raya umum lalu.
Hj Maulizam seterusnya menambah kata-kata cercaan dan keji itu hanya
mempamirkan moral peribadi sebenar Mat Sabu yang kini mengetuai sebuah
parti yang kononnya lebih Islamik dari Pas.
“Begitulah juga dengan tindakannya membaling mikrofon sebelum ini.
Bukan cara pemimpin yang sebenarnya. Cara dan tindakan yang ditunjukkan
itu bukan sahaja tidak kena malah memalukan .
“Jangan menampakkan ‘desprate’ sedemikian rupa sehingga sanggup
mengeluarkan kenyataan sebegitu. Jika sebelum ini baling mikrofon, kali
ini dengan ungkapan yang tidak manis dan tidak elok. Marah pun
marahlah…jangan sampai sebegitu rupa. Pemimpin kena tunjukkan teladan
yang baik,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment