Thursday, February 18, 2016
Doktor Yang Bertugas Di Parlimen Hilang Sejak Awal Januari
Bagi yang bertugas di Parlimen, kelibat lelaki bertubuh kecil, Dr B.
Sugumaran yang perlu berjalan melintas kelompok media menuju ke
pejabatnya, tidak asing lagi... beliau dengan gaya tersendiri, berjalan
sambil memegang stetoscope merupakan pegawai perubatan Hospital Kuala
Lumpur yang bertugas di Parlimen sepanjang tempoh ia bersidang sejak 10
tahun lalu.
Jika anda sesak nafas, tekanan darah naik, pening kepala, sakit demam,
beliau adalah doktor pertama yang anda temui di klinik Parlimen.
Dr B. Sugumaran terkenal bukan sahaja dikalangan wartawan, pegawai-pegawai kementerian bahkan ahli-ahli Parlimen sendiri.
Laporan The Star pada Khamis bahawa doktor berusia 50 tahun itu tidak
kembali ke rumahnya di Taman Sri Rampai di Setiawangsa, Kuala Lumpur,
sejak 3 Januari mengejutkan orang ramai.
Salah seorang sepupu Dr Sugumaran menyifatkan beliau sebagai seorang yang baik dan suka menolong.
D. Nithiananthan, 43, berkata kali terakhir dia bercakap dengan
sepupunya, Dr Sugumaran adalah selepas sambutan Krismas Disember lepas.
Beliau berkata Dr Sugumaran adalah seorang yang gemar berahsia.
Nithiananthan, seorang pesakit kencing manis berkata dia menghubungi Dr
Sugumaran mengenai beberapa ubat tetapi sepupunya itu memberitahu supaya
dia untuk menghubunginya semula selepas tahun baharu.
Jelas Nithiananthan, dia cuba menghubungi Dr Sugumaran beberapa kali
pada awal Januari lalu tetapi tiada jawapan dan telefon bimbitnya
dimatikan.
"Saya tidak fikir apa-apa kerana saya merasakan dia mungkin ke luar negara demi kerja.
"Tetapi pada minggu kedua bulan Januari, saya telah menerima panggilan
dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu saya bahawa Dr Sugumaran
gagal hadir untuk bekerja dan bertanya jika saya tahu di mana dia
berada.
"Saya kemudian menghubungi kawan-kawannya dan keluarga untuk bertanya
mengenai Sugumaran tetapi mereka juga tidak tahu," katanya ketika
dihubungi di Kuala Lumpur pada Rabu.
Nithiananthan berkata, ibu bapanya yang sudah tua tinggal secara berasingan, dan Dr Sugumaran tinggal bersendirian di rumahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment