Thursday, February 18, 2016

Hanya Penghisap Ganja Menafikan Bahayanya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsqRdEj5I7h7Eea6jDgUyx1aprYpFoLHgbWzmB-1uGXT4mMSapmUCrvElWDjzm9ByX53ltIwpdYmTfs0nZgAufSlIgnJM-D6k-BIRpRfDiCCFVB23NbRW2sXysyoRtGSBEoHCMBNmI7OY/s1600/40722_Ganja-Mountain_260.jpg
Bahaya ganja (marijuana, kanabis) kepada tubuh badan manusia tidak harus dinafikan dan dianggap remeh seperti mana cuba digambarkan oleh beberapa pihak.

Semalam seorang Ahli Parlimen Belia mencadangkan agar ganja tidak sepatutnya diharamkan oleh undang-undang. Lebih mengejutkan ia seolah-olah disokong oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi.

Sebahagian orang muda menyokong cadangan ini kerana menurut mereka ganja ialah sejenis herba yang tidak merbahaya dan kononnya boleh menyembuhkan kanser. Ganja tidak menyembuhkan kanser. Ia hanya menghilangkan kesakitan kerana ganja mengkhayalkan dan menyebabkan penghisap lupa akan kesakitan.

Manakala menurut Dr De La Haye, yang menghabiskan selama 12 tahun mengkaji tingkah laku penagih, ganja yang dihisap tidak memberi apa-apa kebaikan kepada manusia. Unsur kebaikan ganja kepada perubatan hanyalah jika ia melalui proses penghasilan semula dalam bentuk ubat bukannya produk rokok.

“it was important that persons understand that the positive benefits found in cannabis was from the extracted compounds, and not the smoked product – ‘spliff’.”

Malah Ketua Agensi Dadah Amerika Syarikat turut menyatakan saranan pengambilan ganja atau marijuana untuk perubatan adalah sesuatu yang memalukan.

“What really bothers me is the notion that marijuana is also medicinal—because it’s not,” DEA chief Chuck Rosenberg told reporters, CBS reports. “We can have an intellectually honest debate about whether we should legalize something that is bad and dangerous, but don’t call it medicine—that is a joke.”

He continued: “There are pieces of marijuana—extracts or constituents or component parts—that have great [medicinal] promise.… But if you talk about smoking the leaf of marijuana—which is what people are talking about when they talk about medicinal marijuana—it has never been shown to be safe or effective as a medicine.”

Antara kesan jangka pendek dari ganja termasuk, halusinasi, gangguan deria (visual, suara, waktu, sentuh), gangguan memori, mengingat dan belajar, kehilangan koordinasi, meningkatkan denyut jantung, menurunkan tekanan darah.

Kadang-kadang menggunakan ganja juga dapat menghasilkan suasana kecemasan, ketakutan, atau panik.

Malah kajian menunjukkan ia memberi kesan kepada otak. Bahan aktif dalam ganja, delta-9 tetrahydrocannabinol atau THC, bertindak balas pada receptor cannabinoid pada sel saraf dan mempengaruhi aktiviti sel-sel otak. Beberapa daerah otak memiliki banyak receptor cannabinoid, tetapi daerah lain di otak memiliki sedikit atau tidak sama sekali. Receptor cannabinoid banyak ditemukan di bahagian otak yang mempengaruhi kesenangan, memori, pikiran, konsentrasi, sensori dan persepsi waktu, serta gerakan yang terkoordinasi.

Penggunaan ganja dos yang tinggi, biasanya bila dimakan dalam bentuk makanan atau menghisap akan menyebabkan pengguna mengalami halusinasi, Delusi, Gangguan memori dan Disorientasi Efek pada Jantung.

Jelasnya setiap kali menghisap ganja ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi tidak waras dan khayal. 

Maka kita tertanya-tanya adakah mereka yang membawa dan menyokong idea ini waras atau sebahagian penghisap ganja yang melakukan secara sembunyi-sembunyi. 

Apa akan terjadi kepada negara jika ganja dibenarkan dan kemudiannya penghisap ganja yang khayal ini memandu kereta, motosikal, bekerja dan bermseyuarat?

Dakwaan bahawa ganja tidak mendatangkan ketagihan juga adalah sesuatu yang tidak logik dan melucukan.

Menurut pelbagai kajian yang dipaparkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, marijuana atau ganja adalah bahan yang mendatang ketagihan seperti dadah lain. 

Over time, overstimulation of the endocannabinoid system by marijuana use can cause changes in the brain that lead to addiction, a condition in which a person cannot stop using a drug even though it interferes with many aspects of his or her life. It is estimated that 9 percent of people who use marijuana will become dependent on it. The number goes up to about 17 percent in those who start using young (in their teens) and to 25 to 50 percent among daily users.12,13 According to the 2013 NSDUH, marijuana accounted for 4.2 million of the estimated 6.9 million Americans dependent on or abusing illicit drugs.

Tidak cukup lagikah dengan pelbagai masalah sosial yang ada sehinggakan kita mahu menambah beban negara dan masyarakat kerana mencari populariti orang muda?

Dari segi agama jelas menghisap ganja adalah haram kerana ia perkara yang mengkhayal dan memabukkan. Anehnya cadangan dan sokongan ini datang daripada orang Islam. Mereka ini berkiblatkan Kaabah (Islam) atau Kincir Angin (Holland)?

Kalau difikirkan dengan akal yang waras, hanya penghisap ganja akan menyokong cadangan membenarkan penggunaan daun ganja sebagai sebahagian rokok (smoking).

Soalnya mengapa persatuan bekas penagih seperti Pengasih yang mendapat dana kerajaan bagi tujuan pemulihan bekas penagih dadah turut menyokong cadangan seperti ini? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment