Thursday, February 18, 2016
Mat Sabu Dikecam Perlekeh Melayu
Presiden PAN, Mohamad Sabu hanya menyerlahkan
sifat kurang cerdiknya apabila memperlekehkan orang Melayu yang
menyokong Barisan Nasional (BN) sebagai bodoh, bangang dan bahalol.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman
Abu Bakar berkata, Mohamad tidak layak menghina kebijaksanaan golongan
pertengahan Melayu yang mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13).
Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama
Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) memberitahu, tuduhan yang
dilontarkan oleh Mohamad itu hanya layak diucapkan oleh seorang ahli
politik murahan.
“Apabila Mohamad menuduh orang Melayu bodoh, kita boleh menganggap
beliau 10 kali ganda kurang bijak,” katanya ketika dihubungi media di sini hari ini.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkali-kali menyifatkan
orang Melayu sebagai bodoh, bangang dan bahalol dalam ceramah semasa
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pakatan pembangkang di Alor
Setar, Kedah kelmarin.
Sementara itu, bekas aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin memberitahu,
tuduhan yang dilemparkan oleh Mohamad terhadap orang Melayu tersebut
boleh menjadi racun kepada keharmonian negara.
Beliau menambah, tidak mustahil tuduhan yang sama akan dilontarkan
terhadap kaum-kaum lain yang enggan memuaskan nafsu politik pakatan
pembangkang.
“Orang seperti ini tidak layak menjadi pemimpin kepada mana-mana kaum
dalam negara kita bahkan beliau hanya layak untuk menjadi pemimpin
kepada warga pepatung sahaja,” ujarnya.
Mohd. Riza berkata, Mohamad juga tidak sepatutnya memperlekehkan
majoriti rakyat yang menolak demonstrasi jalanan semata-mata untuk
menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Dalam pada itu, Presiden Gerakan Merah Pejuang Negara (GMPN), Mejar
(B) Razali Zakaria berpendapat, tuduhan yang biadab tersebut mungkin
didorong oleh kekecewaan yang dialami Mohamad setelah PAN yang
dipimpinnya tidak mendapat sambutan orang Melayu.
Beliau menjelaskan, orang Melayu tidak boleh menerima tuduhan tersebut kerana ia telah menghina dan menjatuhkan martabat mereka.
“Kita menggesa Mat Sabu memohon maaf kepada semua orang Melayu.
Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, beliau mesti mengisytiharkan
dirinya bukan Melayu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment