Wednesday, February 17, 2016
Majlis Angkat Sumpah Exco Kedah Isnin Ini – Pejabat SUK
ALOR SETAR : Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan (Exco) Kedah dijadual dilangsungkan Isnin ini di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini.
Menurut surat jemputan media yang dihantar Pejabat Setiausaha
Kerajaan negeri hari ini, majlis dijadual berlangsung pada pukul 9 pagi.
Acara mengangkat sumpah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan
akan dilangsungkan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri
Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Pelantikan Exco itu selaras dengan perkara 37(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.
Bagaimanapun sehingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah belum mengumumkan barisan exco baharu.
Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 4 Feb, sehari
selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meletak jawatan sebagai menteri
besar berikutan kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan
Negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment