Wednesday, February 10, 2016

Mukhriz Dalang Serangan Terhadap Setiausaha Agung UMNO?

Tidak tahulah sama ada tidak faham bahasa Melayu atau kurang faham bahasa Melayu, namun itulah yang berlaku tentang kehadiran Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir ke Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun sudah diberitahu secara lisan sebelum ke mesyuarat berkenaan, namun beliau tetap mahu hadir walau sudah dimaklumkan tidak berjemput. Bila hadir dan diminta untuk keluar dari mesyuarat, maka teruklah Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihentam.

Tidak kisahlah jika yang menghentam itu pihak pembangkang atau Malaysiakini, tapi yang menyerang Tengku Adnan adalah mereka dari kem Mukhriz sendiri. Siapa yang menyerang dan siapakah yang menjadi dalang serangan? Siapa pula 'kepala perang'nya?

Paling tidak pun, Mukhriz hanya mempersoal tentang beliau tidak menerima surat rasmi. Namun, apakah beliau juga tidak faham bila Ku Nan bercakap dengan PA beliau sendiri yang memaklumkan beliau tidak dijemput dan tidak perlu hadir, tapi masih lagi meminta surat rasmi?

Apakah kata-kata Ku Nan tidak laku padanya dan dia tetap mahukan surat rasmi yang sememangnya di tandatangani Ku Nan? Bila hendak juga surat dan surat itu diberi padanya ketika di mesyuarat tersebut, barulah beliau beredar.

Soalnya, apakah Mukhriz sengaja berbuat demikian semata-mata untuk menunjukkan beliau dizalimi Ku Nan atau Najib? Apakah tindakan itu disengajakan untuk memburuk-burukkan Setiausaha Agung UMNO dan Presiden? Apakah tindakan itu sengaja dibuat untuk menjadi bahan modal Malaysiakini dan Malaysian Insider memutarkan 'spin' mereka?

Terdesak sangatkah untuk pertahankan jawatan Menteri Besar Kedah itu? Terlalu sayangkan jawatan hingga sanggup bakar parti sendiri?

Paling dikesalkan ialah kumpulan pro-Mukhriz di media sosial. Ada yang mengatakan Mukhriz 'dihambat', ada yang mengatakan Mukhriz 'dihalau'. Kata-kata kesat tidak perlu disenaraikan di sini, boleh baca sendiri di facebook dan akaun media sosial mereka. Tidak cukup Ku Nan, Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak pun dihentam sama.

Penulis tidak pasti apakah mereka tahu tentang hal sebenar? Apakah mereka tahu tentang status 'MT lantikan' dan 'MT yang menang bertanding undi'. Apakah mereka tahu tentang surat-surat yang mereka tayang di media sosial. Dari mana mereka dapat surat itu jika bukan dari Mukhriz sendiri?

Siapa yang memberikan surat tersebut? Apakah tujuan surat itu diberikan kepada 'macai-macai'nya? Mengapa tergamak dalangnya menyerang Ku Nan yang banyak berjasa menyelamatkan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kehilangan dua 'gergasi' UMNO, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin dulu?

Mungkin pihak media di Kedah boleh bertanya Mukhriz tentang segala persoalan itu. Itupun jika Setiausaha Akhbarnya sudi lepaskan soalan tersebut dan tidak disekat seperti selalu. Itupun jika beliau menjawab secara jujur dan ikhlas. Mungkinkah beliau jujur lagi?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment