Tuesday, February 09, 2016
PRN Sarawak : Pembangkang Bercelaru... PKR Enggan Layan DAP
Celaru habis pakatan pembangkang dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka diadakan pada April.
Yang terbaru kisah PKR enggan melayan tuduhan pembantu khas kepada
Pengerusi DAP Sarawak, bahawa 'PKR pentingkan diri' dalam perebutan
kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu yang akan diadakan
seawal Mac ini.
Naib presidennya, Dr. Shaharuddin Badaruddin bertegas PKR akan
mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada partinya sebelum ini dan
hanya akan bertolak ansur jika berlaku pertembungan di 11 kerusi
melibatkan kawasan persempadanan baru seperti yang diumumkan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
Semalam, Abdul Aziz Isa, pembantu kepada Chong Chieng Jen mendakwa PKR
"sangat mementingkan diri sendiri dan hanya memenuhi kehendak sendiri"
selepas bertegas mahu mempertahankan kerusi DUN Tupong di Kuching.
Bukan itu sahaja, Abdul Aziz juga menuduh PKR 'tanpa kepala, tanpa arah
dan keliru dengan konsep”, serta "sentiasa sukar untuk didekati'.
Dia kemudiannya menarik balik kenyataan itu tanpa memberi sebarang sebab.
"Suara-suara itu (tuduhan Abdul Aziz) datang daripada pemimpin-pemimpin
kecil, bukannya daripada peringkat tertinggi. Pemimpin tempatan yang
berhasrat untuk bertanding di peringkat DUN, namun tidak memahami
perjanjian dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan di peringkat
bawahan.
"Kalau bertindih pun, biarlah di 11 kawasan baru. Tetapi kawasan-kawasan
lain yang tradisinya ditandingi oleh PKR dan contohnya kini DAP nak
bertanding di kawasan itu, maka kena diselesaikan melalui rundingan.
Janganlah buat kenyataan yang bukan-bukan mendakwa PKR tak
bertolak-ansur dan sebagainya," katanya dipetik sebuah portal Ahad.
Shaharuddin menambah, kerusi DUN Tupong yang diidamkan Abdul Aziz adalah
kerusi tradisi PKR sejak 2011 dan ia adalah kawasan majoriti pengundi
Melayu.
DAP Sarawak dilaporkan merancang untuk menamakan Abdul Aziz sebagai
calon DUN itu tetapi PKR pantas mencanang untuk meletakkan ahli exco
wanitanya, Nurhanim Hanna Mokhsen.
PKR juga bertegas mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada partinya pada pilihan raya 2011 tidak boleh dirunding.
"Tupong merupakan kawasan yang PKR tandingi sejak 2001. Jadi tidak
timbul soal PKR mengambil kerusi DAP kerana mereka tak pernah bertanding
di kawasan Melayu kerana sering bertanding di kawasan majoriti Cina.
"Jadi isu yang mengatakan PKR cuba mengambil tempat DAP dan cuba
mengambil tempat yang ditandingi DAP ialah tidak betul. Sebelum DAP
mengumumkan tempat-tempat yang mereka nak tandingi, kena berbincang
dahulu di peringkat Pakatan Harapan (PH)," ujarnya.
Shaharuddin memberitahu sehingga kini Pakatan Harapan (PH) masih berbincang mengenai pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak.
Beliau juga menasihati sekutunya agar bersabar dan tidak mengeluarkan
kenyataan 'bukan-bukan' yang boleh menjejaskan kerharmonian kerjasama
antara parti-parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment