Tuesday, February 09, 2016
Tuah Tahun Monyet : Semoga Masyarakat Cina Kembali Menyokong Kerajaan
Selepas lebih dua tahun sejak PRU13 lalu, sudah ramai yang perkatakan
mengenai untung rugi masyarakat Cina di negara ini 'menunggang kuda yang
salah' ketika PRU lalu.
Rata-rata menyokong pembangkang kerana percaya dengan retorik dan janji palsu mereka hendakkan kuasa.
Selepas setenggah penggal dari tempoh lima tahun berlalu, makin ramai yang sedar, pakatan pembangkang memang tak boleh harap.
Perubahan yang diwar-warkan hanyalah slogan kosong dan kini mereka berpecah sesama sendiri.
Lebih buruk lagi, program dan dasar kebajikan rakyat yang selama ini
menjadi agenda kerajaan BN tidak dapat dilaksanakan dengan lancar kerana
mainan politik pembangkang di negeri yang dikuasai mereka.
Sebab itu, dengan kehadiran Tahun Monyet ini, Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan harapan agar masyarakat
Cina di negara ini kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan
Raya Umum (PRU) akan datang.
Hasrat itu dizahirkan beliau ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran
MCA di ibu negara hari ini.
"Masalah politik dan ekonomi akan dapat diselesaikan dan saya harap
masyarakat Cina akan kembali untuk bersama-sama dengan kerajaan," kata
Zahid kepada pemberita.
"Saya berharap pada tahun monyet ia akan menjadi lebih makmur," katanya.
Terdahulu beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma
MCA, Jalan Ampang, di sini.
Ketibaan Najib, dan Ahmad Zahid, dengan berpakaian warna merah di
perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA
diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi
persembahan tarian singa.
Najib dan Zahid yang meluangkan masa lebih sejam di majlis itu,
bersama-sama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN)
termasuk Liow, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MIC
Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menggaul 'yee sang,' hidangan utama
musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan
masyarakat Cina.
Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Timbalan Presiden MCA
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk
Abdul Aziz Kaprawi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Liow pula berkata masyarakat Cina tidak perlu risau tentang apa-apa
masalah dalam MCA kerana perkara itu boleh diselesaikan secara dalaman.
"Tidak sepatutnya ada sebarang gerakan untuk memecah-belahkan lagi
parti, parti kini telah bersatu, saya pasti perwakilan-perwakilan mahu
parti kekal bersatu," katanya.
Menteri Pengangkutan itu berkata selaku presiden MCA, beliau akan terus
berusaha sebaik mungkin untuk memastikan parti kekal bersatu.
"Kami kini menumpukan untuk memantapkan lagi kempen parti dan ia akan
melibatkan semua masyarakat Cina di seluruh negara," kata Liow yang
lahir pada Tahun Lembu mengikut kalendar Cina.
Dr Subramaniam pula berkata bersempena perayaan Tahun Baharu Cina ini,
perpaduan dalam kalangan rakyat seluruh negara perlu diperkukuhkan lagi
untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment