Wednesday, February 10, 2016
Semalam Genap Setahun Layanan Baik Kerajaan Ke Atas Anwar
9 Februari setiap tahun bermula tahun
ini sehingga 4 tahun yang akan datang, tak seharusnya diraikan sebagai
ulang tahun pemenjaraan Anwar kerana kesalahan jenayah seksual. Masuk
penjara kot, meliwat pulak tu, bukan balik haji yang nak rai-raikan apa
segala ni.
Sebaliknya 9 Februari setiap tahun
perlulah dijadikan hari mengingati kebaikan kerajaan BN dalam ‘melayani’
banduan bernama Anwar ini. Bagi cuti umum kalau perlu.
Mana taknya, menurut rekod, dalam
tempoh 1 tahun yang lepas sahaja, kerajaan telah memberikan pelbagai
keistimewaan kepada Anwar yang tidak dinikmati oleh banduan-banduan lain
di seluruh negara amnya dan di Sungai Buloh khasnya.
Antaranya, 83 kali rawatan untuk tempoh
38 minggu dalam penjara termasuk 10 kali fisioterapi, rawatan di HKL
sebanyak 7 kali, jumpa keluarga sekurang-kurangnya 15 kali, jumpa peguam
sekurang-kurangnya 65 kali, keluar masuk penjara untuk urusan Mahkamah,
rawatan perubatan, mesyuarat, melawat anak di penjara dan lain-lain –
entah berapa kali.
Mesyuarat oooi, banduan mana boleh
keluar mesyuarat, yang ini boleh!! Itu baru tahun pertama, yang akan
datang entahlah macam mana.
Setiap kali keluar bukan himpit-himpit
dalam trak macam banduan lain pulak tu, naik kenderaan khas Jabatan
Penjara, kalau masa bebas bodyguard 7-8 orang, dah ke dalam ini pun
lebih kurang, cuma ganti dengan pegawai penjara sajalah.
Istimewa banyak dah tu banduan lain mana
dapat macam tu mak tuan. Patutnya penyokong Anwar malam tadi bawak
gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan doakan kebaikan untuk beliau dunia
akhirat kerana benarkan semua keistimewaan itu untuk Anwar.
Walhal kalau nak ikut logik, pesalah
seksual yang bukan sebarang seumpama ini bukan dapat layanan istimewa,
sebaliknya layanan hina patut diberikan. Tak kena anak jantan kita
senanglah cakap, dah kena, baru tahu sakit hatinya macam mana.
Tapi takkanlah penyokong pembangkang nak
cakap benda baik-baik pasal kerajaan walaupun memang jelas baiknya
depan mata kan. Tak pembangkanglah namanya kalau puji kerajaan. Ini
cara politik ketinggalan zaman, bangkang asal boleh bangkang walaupun
benda yang terang-terang baik dilakukan kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment