Wednesday, February 10, 2016
"Sesiapa Yang Tidak Berpuas Hati, Saya Cabar Berdebat” – TMJ
JOHOR BAHRU : Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim mencabar mana-mana individu, organisasi atau penyokong
untuk berdebat dengan beliau secara langsung di televisyen berhubung
sebarang isu berkaitan bola sepak negara.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor
Southern Tigers hari ini, beliau mencabar individu yang tidak berpuas
hati dengan apa sahaja kenyataannya mengenai bola sepak untuk berdepan
dan berdebat secara terbuka.
“Kepada individu yang tidak puas hati dengan apa sahaja kenyataan
saya mengenai bola sepak, saya cabar anda atau mana-mana penyokong,
organisasi atau individu berkaitan bola sepak agar berdepan dengan saya
dan berdebat secara terbuka menerusi siaran televisyen mengenai polisi,
projek, rasuah dan apa sahaja isu mengenai bola sepak dan di situ anda
boleh membuktikan bahawa saya salah.
“Berada dalam penafian tidak akan meletakkan anda di mana-mana dalam
kehidupan. Beberapa pegawai dan peminat bola sepak Malaysia menafikan
hakikat itu, tetapi seluruh dunia mengenali potensi saya, wawasan dan
pencapaian,” katanya dalam kenyataan itu.
Tunku Ismail turut mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),
kelab negeri, media, laman sosial dan penyokong untuk mengubah mentaliti
demi kemajuan bola sepak negara.
“Bola sepak negara semakin mundur bukan hanya kerana rasuah, tetapi
juga kerana mentaliti yang lebih tertumpu kepada perkara kecil daripada
gambaran yang lebih besar untuk bergerak ke hadapan.
“Kepada segelintir penyokong bola sepak Malaysia, kelab, media, laman
media sosial, saya juga salahkan anda terhadap kemunduran bola sepak
negara.
“Kepada beberapa organisasi bola sepak Malaysia dan penyokong,
tegakkan apa yang betul, berdiri dengan kebenaran, perangi rasuah dan
jangan menjadi seperti ular tanpa prinsip,” katanya.
Tunku Ismail turut menggesa pasukan yang terbabit dalam isu tidak membayar gaji pemain menyelesaikan segera perkara itu.
“Mereka semua (pemain bola) manusia, bukan ternakan. “Bagi Tan Sri
Anuar Musa, saya percaya bahawa anda adalah seorang ahli politik yang
berpengalaman dan sudah tentu anda tahu apa perkara yang betul untuk
dilakukan.
“Bagi Datuk Affendi, Datuk Mokhtar, Datuk Rozabil, Datuk Hamidin dan
semua ahli Exco FAM, ambil perhatian kepada apa yang saya katakan. Saya
memerhatikan anda,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment