Wednesday, April 08, 2015
1MDB Tidak Muflis
8 April 2015, Kuala Lumpur : Kerajaan hari ini menafikan
syarikat pelaburan strategiknya 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
sudah muflis.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu
tidak seharusnya timbul kerana syarikat berkenaan telah berjaya
melunaskan hutangnya sebanyak RM2 bilion kepada dua institusi kewangan
pada 13 Feb lepas.
“1MDB telahpun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank
dan RHB pada 13 Feb 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.
“Sedemikian itu tidak timbul isu 1MDB sudah muflis,” kata Najib, yang
juga Menteri Kewangan, dalam satu jawapan bertulis kepada Jeff Ooi
Chuan Aun (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat di sini.
Ooi meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada 1MDB sebenarnya
sudah muflis kerana tidak berupaya membayar balik mengikut jadual
berkontrak bagi pinjamannya sebanyak RM2 bilion daripada Maybank.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment