Thursday, April 02, 2015

ADUN PAS Dicabar Tolak Pilihan Raya PBT

2 April 2015, Kuala Lumpur : Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor khususnya daripada Pas dicabar menyatakan pendirian untuk menolak pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada dilaksanakan di negeri ini.

Image result for Johan Abdul Aziz

Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) berkata, pendirian menolak pilihan raya itu perlu ditegaskan oleh wakil-wakil rakyat Pas di negeri ini selaras dengan keputusan Presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini bertegas tidak menerima cadangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya itu di Pulau Pinang dan Selangor.

“Saya harap semua ADUN-ADUN terutama daripada Pas menyokong supaya pilihan raya PBT tidak dilaksanakan sebagaimana yang diputuskan oleh presiden mereka sendiri.

“Pilihan raya PBT tidak memberikan manfaat kepada rakyat kerana hanya mengundang kepada pelebaran jurang serta penguasaan kaum tertentu khususnya di kawasan bandar.

“Apa agenda DAP yang mencadangkan pilihan raya PBT ini sedangkan mereka sebenarnya telah mendapat kuasa pentadbiran di Selangor dan di Pulau Pinang?” soalnya ketika membahaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Tambah Johan lagi, cadangan pilihan raya PBT juga merupakan satu pembaziran wang rakyat.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment