Thursday, April 02, 2015

Ramaikah Yang Masuk Hospital Kerana GST?

2 April 2015, Kuala Lumpur : Perlaksanaan GST pada hari pertama, 1 April menampakkan reaksi ramai pihak lebih-lebih lagi di laman sosial di mana mereka kecoh mengatakan perlaksanaan cukai ini telah menyebabkan banyak harga barang naik.

Image result for GST

Paling menarik perhatian adalah gambar seperti isu ‘top-up’ dan roti berperisa yang dijual berbeza dengan harga dari harga sebelum ini. Ia seperti eksperimen sengaja yang dilakukan di awal pagi hari GST dilaksanakan.

Mudah sahaja, ia adalah alasan untuk menghentam pihak kerajaan kerana begitu degil kononnya mahu melaksanakan GST.

Kebenarannya, ramai pihak yang tidak memahami apa sebenarnya inti pati GST, cara ia dilaksanakan dan apakah kebaikan yang rakyat dan negara perolehi.

Ia tidak lain tidak bukan bermula daripada hasutan dari parti pembangkang supaya rakyat terus menghentam kerajaan di awal fasa pengumuman GST mahu dilaksanakan tanpa mengambil usaha untuk memahami GST sendiri.

Mulalah parti pembangkan meniup api kemarahan untuk rakyat dengan mengadakan pelbagai demonstrasi dan berbagai cara menunjukkan betapa teruk, hina dan zalimnya kerajaan dengan perlaksanaan sistem cukai baru ini.

Tidak kurang juga pelbagai helah dan tindakan dilakukan oleh parti pembangkang juga, ahli-ahlinya seperti diserang histeria atau sakit jantung kerana menerima berita yang amat menyeksakan diri.

Sebelum ini kita mengetahui, parti pembangkang terlalu menyanjung tinggi negara luar untuk sesuatu perkara yang negara Malaysia, negara mereka sendiri tidak laksanakan.

Contohnya seperti perlaksanaan sistem pendidikan percuma kepada rakyat. Rata-rata pengikut pembangkang terutamanya, membuat satu demi satu demonstrasi mahukan kerajaan laksanakan sistem itu. Laungan supaya kerajaan melihat kejayaan negara luar memberikan pendidikan percuma kepada rakyat harus dijadikan contoh.

Jadi, dalam soal GST ini, telah dibuktikan banyak negara luar berjaya dan rakyatnya masih lagi hidup dalam keadaan serba baik. Mengapakah parti pembangkang dan pengikutnya tidak mahu memandang negara luar?

Di Indonesia misalnya, pelaksanaan VAT menyumbang 40 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia dengan kadar tarif sebanyak 10 peratus. Malah, negara New Zealand telah lama melaksanakan sistem GST iaitu pada tahun 1986 dengan mengenakan sebanyak 10% dan kemudiannya, dinaikkan lagi sebanyak 5% setelah tiga tahun kerana ia telah memacu kejayaan ekonomi negara.

Dari awal pengumuman, kerajaan telah memberikan penjelasan dan pelbagai usaha agar rakyat memahami usaha kerajaan ini. Tapi tidak ramai yang mahu menerima dan memahaminya dan lebih kepada pasrah ‘Tak berapa faham dengan GST’. 

Malah ada yang lebih awal tidak langsung mahu mendengar penerangan rasmi sebaliknya bergantung kepada pendapat-pendapat mereka yang mempunyai agenda politik.

Disebabkan itu ramai yang menjadi pening dan sakit hati. 

Apa-apa pun, GST tetap dan telah dilaksanakan tidak kira sebanyak mana penentangan yang kerajaan terima kerana kerajaan sendiri sudah membuat keputusan kerana GST membawa lebih banyak manfaat daripada kecelakaan. 

Jika dilihat kepada histeria GST sejak beberapa minggu lalu, kita tertanya-tanya sudah berapa ramai yang jatuh sakit teruk dan memenuhi wad-wad di hospital kerana mengalami sakit jiwa, sakit jantung hanya disebabkan marahkan GST?

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment