Thursday, April 02, 2015
Berlindung Di Sebalik GST, Kerajaan Dap P.Pinang Naikkan Tarif Air Sebanyak 16.7 Peratus
2 April 2015, Permatang Pauh : Di kala orang ramai sedang dikelirukan
dengan penguatkuasaan GST kononnya menyusahkan rakyat, Kerajaan Negeri
Pulau Pinang pula menangguk di air keroh apabila melaksanakan kenaikan
tariff air sebanyak 16.7 peratus pada tarikh yang sama GST dilaksanakan.
Jelas, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul
Rahim, bagi menutup penipuan mereka maka kerajaan negeri Pulau Pinang
seakan sengaja memilih tarikh 1 April sebagai tarikh untuk menaikkan
tariff air.
“Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) yang
dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tidak langsung prihatin
dan berasa simpati dengan keadaan semasa kos saraan hidup rakyat di
negeri ini.
“Sudahlah ramai peniaga yang mengambil kesempatan membebankan rakyat
terhadap isu GST, kini kerajaan negeri Pulau Pinang pula menambah beban
rakyat negeri ini. Inilah penipuan demi penipuan pembangkang,” ujarnya
dalam kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Tambah Rafizal, Pemuda UMNO ingin mengingatkan kepada rakyat Pulau
Pinang berkaitan manifesto pakatan pembangkang didalam buku jingga yang
berjanji untuk menurunkan caj air tetapi sebaliknya menaikkan caj
berkaitan bil air ini terus-menerus.
Selepas surcaj air dinaikkan daripada RM0.24 sen ke RM 0.48 sen (
kenaikan 100%), pembayar bil bukan di kaunter PBAPP pula dihukum dengan
caj sebanyak RM0.90 setiap bil.
Untuk melengkapkan lagi kezaliman ini, agensi Kerajaan DAP Pulau
Pinang telah menaikkan pula caj atau tarif air sebanyak 16.7 peratus
pada 1 April lalu.
“Dengan kenaikan ini, rakyat Pulau Pinang akan terus-menerus menerima
tekanan dalam mengurus belanja operasi harian mereka disamping
kenaikan-kenaikan tarif dan cukai lain seperti cukai pintu.
“Sudah semestinya tindakan Agensi Kerajaan DAP Pulau Pinang ini tidak
selari sama sekali dengan tindakan Kerajaan Pusat yang selalu mencari
jalan dan mengambil tindakan untuk menurunkan kos saraan hidup.
“Kami juga melihat tarikh penguatkuasaan caj air yang baru ini seakan
sengaja dibuat sama dengan tarikh penguatkuasaan GST di negara ini.
Mereka cuba bersembunyi di dalam seluruh negara yang sibuk memantau
kenaikan atau penurunan harga barang dan perkhidmatan,” katanya.
Pemuda UMNO tambah beliau lagi berharap rakyat dapat membuat
penilaian terhadap janji pakatan pembangkang dan tidak lagi terpengaruh
dengan janji palsu mereka.
“Kita tidak boleh bergantung harap kepada Kerajaan Negeri yang selalu ‘cakap lain, buat lain’ ini,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment