Thursday, April 02, 2015

PasMa Bakal Jadi Parti Politik…Pas Hanya Hitung Hari Di Dalam Pakatan

2 April 2015, Kuala Lumpur : Kesediaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk mengubah statusnya kepada sebuah parti politik dilihat sebagai satu tamparan hebat terhadap Pas yang kini bagai telur di hujung tanduk di dalam pakatan pembangkang.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata itu sebenarnya adalah isyarat jelas kepada Pas bahawa mereka bakal berdepan dengan situasi yang cukiup sukar bersama sekutunya Dap dan PKR.

Menurut beliau dengan kehadiran PasMa sebagai parti politik pada satu masa nanti sudah tentu ‘kasih sayang dan cinta’ daripada rakan sekutu mereka bukan sahaja akan goyang malah sudah pasti akan berubah wajah.

“Kesediaan PasMa jadi parti politik juga satu isyarat penting buat Pas bahawa merekalah yang sepatutnya keluar pakatan kerana PasMa dilihat cukup rapat dengan sekutu Pas di dalam pembangkang.

images 1

“Sebab itulah saya katakan daripada awal penubuhan PasMa lagi bahawa kehadiran mereka sebenarnya bukan sahaja satu saingan kepada Pas malah bakal memberi impak songsang kepada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tenggok lenggok tubuh badan pun dah boleh buat anggapan…macam dalam silat. Sekali buka langkah kita dah tahu lawan kita nak ke mana. Takkanlah itu pun mereka tidak boleh nampak,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Semalam dilaporkan Pasma sedia mempertimbangkan untuk mengubah statusnya kepada sebuah parti politik. Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ia berikutan kemelut dalam PR semakin kritikal.

Anuar seterusnya menambah perkembangan itu juga menunjukkan Pas bakal berdepan dengan kemelut yang cukup sukar gara-gara hasil tangan mereka sendiri.

“Bukankah NGO PasMa terdiri daripada kalangan penyokong dan pimpinan Pas sendiri. Percayalah jika ditakdirkan Pas berdepan dengan kemelut yang berpanjangan, jangan salahkan sesiapa…muhasabah dengan ikhlasnya.

“Cuma yang pasti bayang-bayang PasMa yang dulunya dianggap NGO bakal berubah wajah. Cumanya siapakah di belakang tabir pula yang terus menjadi tanda tanya,“ ujar beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment