Thursday, April 02, 2015
Siapa Latheefa Koya Untuk Pertikai Keputusan Yang DiPertuan Agong?
2 April 2015, Kuala Lumpur : Di
sebalik kekecohan yang berlaku gara-gara hari pertama perlaksanaan GST
semalam, peguam PKR, Latheefa Koya juga kecoh dengan isu penolakan
petisyen permohonan pengampunan DiRaja untuk membebaskan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataannya semalam, dia
begitu biadap apabila seolah enggan mengiktiraf keputusan Lembaga
Pengampunan yang dipengerusikan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Latheefa dalam kenyataannya mahu Yang
DiPertuan Agong sendiri yang menulis dan menghantar keputusan Lembaga
Pengampunan itu kepada keluarga Anwar, selain turut mempertikai tentang
Peraturan 113, Peraturan Penjara bawah Akta Penjara 1995.
Katanya, isteri Anwar, Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail tidak membuat permohonan rayuan bawah Peraturan 113
dan mendakwa penolakan rayuan oleh Lembaga Pengampunan itu dibuat di
bawah Peraturan 113 tersebut.
Saya tertanya-tanya, tidak ada perkara
lain lagikah yang hendak dipertikai Latheefa selain dari perkara remeh
seperti itu? Sama ada di bawah peraturan mana sekalipun, yang jelas
ialah Lembaga Pengampunan itu berhak untuk menolak petisyen rayuan
tersebut.
Sebagaimana maklum, Tuanku Abdul Halim
merupakan pengerusi Lembaga Pengampunan itu. Saya yakin, lembaga
berkenaan mempunyai seorang pencatat segala perbincangan dalam membuat
sebarang keputusan permohonan.
Jadi, sebagai pengerusi, takkanlah tugas
Yang DiPertuan Agong untuk mengarang sendiri surat penolakan permohonan
petisyen untuk membebaskan Anwar itu, kan? Saya yakin, Tuanku Abdul
Halim tahu dan bersetuju dengan penolakan petisyen berkenaan.
Siapa Latheefa untuk menyuruh Yang
DiPertuan Agong membuat itu dan ini mengikut kemahuannya? Mahu Tuanku
Abdul Halim menulis dan menghantar sendiri keputusan permohonan
pengampunan DiRaja tersebut?
Ya. Kini jelas Anwar tidak diampun oleh
Yang DiPertuan Agong. Malah kini Anwar bukan lagi Ahli Parlimen
Permatang Pauh. Yang saya kesalkan ialah reaksi biadap dari Latheefa
Koya atas keputusan Lembaga Pengampunan itu.
Pada saya, kenyataan mempertikai
keputusan yang dibuat oleh Yang DiPertuan Agong itu adalah satu tindakan
yang biadap walau apa jua alasannya.
Bayangkan jika anak anda merayu supaya
anda membuat sesuatu untuknya. Namun atas prinsip keadilan dan
kewajaran, anda menolak rayuan anak anda itu. Disebabkan anda menolak
rayuannya, tiba-tiba anak anda mempertikai keputusan tersebut.
Biadap atau tidak? Dia merayu memohon
sesuatu dan bila ditolak, dia nak mengamuk. Pada saya, itu tindakan
biadap dan jelas tidak menghormati ibu bapa. Pada saya, begitulah lebih
kurang sikap Latheefa terhadap keputusan Yang DiPertuan Agong itu.
Justeru itu, saya menyarankan agar
Latheefa berlapang dada dan menerima keputusan Yang Dipertuan Agong itu
dengan hati yang terbuka. Redhalah atas ketentuan Allah SWT. Jangan
fikir berstatus seorang peguam akan menghalalkan kita berlaku biadap
terhadap Yang DiPertuan Agong. Harap Latheefa berubah… Wallahua’lam.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment