Friday, April 10, 2015
Ahli Parlimen Pembangkang Cuba Putar Belit Tutup Malu Ponteng Berjemaah
9 April 2015, Kuala Lumpur : Pembangkang diminta tidak menyalahkan
kerajaan apabila Dewan Rakyat meluluskan Pelaksanaan Akta Pencegahan
Keganasan (POTA) 2015 yang mana merupakan kesalahan sendiri kerana 22
ahli parlimen mereka tidak hadir ketika rang undang-undang tersebut
dibahaskan di dewan rakyat baru-baru ini, demikian menurut Pengerusi
Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar.
Menurut beliau, ahli parlimen pembangkang hari ini dilihat cuba
memutar belitkan keadaaan dengan menyalahkan pihak kerajaan yang
kononnya tergesa-gesa membahaskan rang undang-undang tersebut di
parlimen.
“Hakikatnya itu adalah salah ahli parlimen pembangkang. Seramai 22
ahli parlimen pembangkang ponteng ketika hari perbahasan rang
undang-undang tersebut. Sedangkan perkara ini merupakan satu isu besar.
“Bagi saya apa yang berlaku itu memperlihatkan sikap dan komitmen
ahli parlimen pembangkang yang tidak sungguh-sungguh bekerja untuk
rakyat yang mengundi mereka.
“Selama ini, pembangkang dengan lantang mendakwa kononnya
undang-undang POTA ini adalah zalim. Tetapi bila tiba hari perbahasan
dan pengundian di dewan rakyat berhubung akta ini, mereka boleh pula
ponteng secara berjemaah,” ujarnya sinis kepada UMNO Online di sini hari
ini.
Tambah Salleh lagi, ini jelas menunjukkan betapa tidak seriusnya
ahli parlimen pembangkang yang telah diberi amanah oleh rakyat yang
mengundi mereka.
“Kalau seorang dua ponteng mungkin boleh dimaafkan lagi tetapi
seramai 22 ahli parlimen pembangkang tidak hadir dikala pengundian dan
perbahasan rang undang-undang dijalankan di dewan negara.
“Dan seperti biasa, ahli parlimen pembangkang ini akan menyalahkan
pihak kerajaan dengan pelbagai alasan yang bagi saya seolah-olah cuba
untuk memperbodohkan rakyat di negara ini,” tegasnya.
Beliau seterusnya memuji usaha kerajaan dalam membentangkan rang
undang-undang ini memandangkan isu keselamatan negara bukanlah soal
remeh dan boleh dipandang enteng.
“POTA dilihat tepat pada masanya di mana ianya merupakan
tanggungjawab kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara. Ini
berikutan penularan fahaman militan termasuk kumpulan IS bukanlah satu
perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
“Sebagai contoh apabila baru-baru ini pihak polis menahan sekumpulan
17 orang disyaki pengganas yang dikaitkan dengan IS, yang merancang
menculik orang kenamaan, serang lokasi strategik dan seterusnya tubuhkan
rejim IS di Malaysia dan ini merupakan satu perkara yang perlu dicegah
agar tidak berlakunya sebarang kejadian buruk di negara ini,”ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment