Thursday, April 09, 2015

Jika Seorang PM Mesti Ternampak Bersih, Tun Tak Akan Sampai 22 Tahun

tun-m-1
9 April 2015, Kuala Lumpur : DAKWAAN Tun Mahathir Mohamad (90 tahun) bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletak jawatan kerana dikelilingi pelbagai skandal, adalah satu kesimpulan yang tidak dibuat dengan pemikiran yang sihat.

Kata Tun Mahathir bahawa, a Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions (seorang Perdana Menteri mestilah dilihat bersih dan mampu menjelas dan menjawab soalan), diibarat seperti menepuk air longkang terkena muka sendiri kerana pelbagai skandal yang berlaku pada zaman pemerintahannya pun hanya diakui ‘sebagai skandal’ selepas berbelas tahun Tun melepaskan jawatan.

Antara lain kerugian Bank Negara dalam perniagaan pertukaran wang asing, Perwaja, pembunuhan Jalil Ibrahim, skandal Bank Bumiputra dan sebagainya.  Soalan yang dilontar, kalau dijawab pun ketika itu adalah dengan cara dengan sindiran dan sinikal – itupun kalau sinikal dan sindiran diikitraf sebagai salah satu kaedah menjawab soalan.

Sehingga ada yang berkata kepada penulis, jika Facebook dan Twitter sudah wujud pada awal 80 an, Tun Mahathir barangkali menjadi Perdana Menteri selama setahun sahaja kerana selepas mengangkat sumpah pada Julai 1981, skandal Bank Bumiputra dan pembunuhan Jalil Ibrahim menghantui pentadbirannya tak berapa lama selepas itu.

Bagaimanapun yang lebih penting disitu, semua skandal ini – sama ada Tun ada pembabitan langsung atau tidak, membuktikan bahawa Tun sendiri pun tidak dilihat bersih semasa memegang jawatan tersebut, bagaimana menuntut Najib untuk menjadi yang sama?

Kalau Najib mahu kelihatan bersih sekalipun (dan sememangnya beliau bersih), masih ada pembangkang yang akan mengotorkan imej beliau waima semasa pergi menunaikan haji sekalipun.  Adakah itu salah beliau kerana tidak dilihat bersih?  Tun senang cakap soal penguasaan 2/3 di Parlimen hari ini kerana Tun tidak pernah berhadapan dengan Anwar Ibrahim secara depan berdepan, berbanding Datuk Seri Najib.

Penulis begitupun mendengar bahawa Perdana Menteri sudah bersedia untuk menjawab semua persoalan dibangkitkan Tun Mahathir, cuma tak pasti bila.  Harapannya selepas Perdana Menteri berbesar hati menjawab persoalan Tun (sesuatu yang tidak pernah dilakukan Tun dahulu), tidak ada lagi soalan-soalan susulan yang hanya menampakkan isunya bukan Najib jawab soalan atau tidak tapi untuk pihak siapa Tun bertanya dan agenda lain dibelakangnya.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment