Thursday, April 09, 2015

Beri Najib Ruang Laksana Tanggungjawab

8 April 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi peluang mempertahankan mandat yang telah diberikan bagi melaksanakan tanggungjawab memaju dan memimpin negara. 

Khairul Azwan Harun Menurut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, sebagai pemimpin negara, Najib berhak ditegur tetapi beliau tidak seharusnya dinafikan daripada mempertahankan mandat yang diberikan rakyat melalui proses demokrasi. 

“Saya percaya rak­yat terima kepemimpinan Najib kerana beliau telah dipilih secara demokratik mela­lui pilihan raya. Beliau juga telah memperke­nalkan pel­bagai polisi dan program pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat di samping mengembalikan undi orang Melayu kepada UMNO.

Pemuda UMNO berdiri teguh di bawah kepemimpinan Najib yang mempunyai mandat rakyat serta ahli Barisan Nasional (BN) dan mana-mana pihak boleh menegur pemimpin tetapi perlu bersedia untuk ditegur kembali oleh pemimpin. 

Justeru, elakkan bersifat peribadi atau terlalu emosi kerana boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengkritik kepemimpinan Najib dalam pelbagai isu antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dipetik daripada sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment