Wednesday, April 08, 2015

Demo PAS Sabtu Ini Sekadar Pertandingan Sesama Pakatan


10349872_10152689572052312_7453934609509059007_n
8 April 2015, Kuala Lumpur : PAS akan mengadakan demonstrasi membantah GST Sabtu ini.  Tempat yang dipilih ialah padang Merbuk di Kuala Lumpur.  Gamaknya hanya Kuala Lumpur sahaja yang kena GST, maka itu diadakan disitu.

Agak-agaknyalah, kenapa PAS mengadakan demonstrasi membantah GST bila cukai tersebut telah pun diperkenalkan.  Setakat yang menimbulkan masalah penulis lihat hanyalah isian semula kad prabayar telefon.  Lain pada itu tidak banyak masalah, untuk touch n go, GST hanya dikenakan pada RM 0.50 caj perkhidmatan (sekitar RM 0.03 sahaja), begitu juga dengan pengeluaran wang di ATM lain dari bank sendiri.

Senang kata, tak ada masalah besar mana, bayar parking haram di KL pun dah beberapa ringgit sejam, tapi kenapa PAS nak juga mengadakan demonstrasi GST?  Macamlah selepas demo, GST akan dimansuhkan yang mana agak mustahil kerana terbukti tidak menjejaskan rakyat.

Oleh itu, penulis katakan disini bahawa GST hanyalah alasan, sama macam satu oldman juga, guna alasan bertanya soalan (tapi lepas tu suruh letak jawatan).  Demo yang nak diadakan Sabtu ini sebenarnya ialah pertandingan sesama Pakatan, nak tunjuk siapa lebih hebat dalam soal mengadakan demonstrasi.

Komponen lain dalam Pakatan, seperti PKR dan DAP dengan tema #kitalawan, setakat ini gagal menghadirkan momentum yang cukup besar, dari apa segi baiklah, terutama sekali jumlah kehadiran.  Banyak dari kegagalan itu dikaitkan dengan ketiadaan sokongan dari lebai-lebai PAS yang terkenal sebagai kaki demo sekalipun dengan biaya yang sedikit.

Maka tak hairanlah kenapa tempat yang dipilih oleh puak #kitalawan adalah Sogo – lokasi yang dikirakan kecil untuk demo yang dikatakan besar.

PAS pulak memilih Padang Merbok – lokasi yang boleh mengumpul lebih ramai orang berbanding Sogo, membuktikan bahawa ini memang pertandingan sesama sendiri, bukan pasal GST.  PAS nak tunjuk kekuatan kepada PKR dan DAP.  Mesej yang akan disampaikan nanti ialah “setakat cakap bergegar-gegar tapi demo ciput sangat yang datang, toksah gebanglah”, macam itu lebih kurang.

Selain itu, demo ini juga pertandingan nak menunjuk kekuatan golongan ulama dalam  PAS, nak-nak pulak pemilihan PAS tak berapa lama lagi (bulan Jun).  Inilah tempatnya Hadi Awang nak mengukuhkan kedudukan sebagai Presiden setelah calon-calon lain semakin menghampiri dari belakang.

Itulah motifnya, bukan pasal GST.

Rakyat, oleh yang demikian, janganlah terpedaya hendaknya dengan permainan puak-puak Pakatan ini kerana semua demo ini bukan untuk kepentingan rakyat tapi kepentingan politik sesama PAS dan Pakatan.  Rakyat hanya dipergunakan.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment