1. Melayu ni kuat berpolitik 24/7 tetapi politik kita tidak pernah menguntungkan kita. Kita create game, orang lain game kan kita.
Wednesday, April 08, 2015
Krisis Mahathir-Najib: Luahan Hati Ketua Pemuda Johor Baharu
JANGAN BACA. NI AKU TULIS SUKA-SUKA JE UNTUK DIRI SENDIRI.
PRU1999 – Kita menang 2/3 majoriti dengan kekuatan kerusi parti
komponen dan sokongan undi bukan melayu di kawasan yg UMNO tandingi.
UMNO hadapi kemelut dalaman yg besar selepas Timbalan Presiden dipecat.
Majoriti Melayu menolak BN.
PRU2004 – Kita menang besar kerana peralihan kuasa antara Tun
Mahathir dan Tun Lah berjalan dengan baik. UMNO kuat dan bersatu
menghadapi PRU.
PRU2008
– Kita tewas di 5 negeri. Kelantan yang hampir kita perolehi pada 2004
pun terlepas kerana prestasi buruk. Antara sebabnya… Presiden parti
diserang secara terbuka, UMNO berpecah dan orang cina mula berani
memperjudikan segalanya untuk menukar kerajaan.
PRU2013 – Bukan PM saja. Rata-rata semua pemimpin BN kena tipu dengan
percaturan orang cina. 2008 membuktikan bahawa mereka akan berjaya jika
mereka bersatu. They went for the jugular. Mereka hampir berjaya. Sebab
ramai tertipu dan terkejutlah maka keluar headline “Apa lagi yang cina
mahu?”.
2015 – Presiden parti kembali diserang secara terbuka. Penyokong UMNO
mula menunjukkan bibit-bibit perpecahan. Ini semua berlaku ketika PAS
sedang menghadapi krisis dalaman dan pengundi cina mula meragui
kemampuan DAP mengawal aspirasi politik PAS. Bijak… bijak…
IMHO
1. Melayu ni kuat berpolitik 24/7 tetapi politik kita tidak pernah menguntungkan kita. Kita create game, orang lain game kan kita.
2. Penyokong UMNO (termasuk yg tidak pernah isi borang UMNO) sibuk
nak tukar Presiden parti. Orang lain pula senyap-senyap rancang nak
tukar kerajaan.
3. Peralihan kuasa dalam UMNO (jika perlu) haruslah dibuat dengan
baik agar parti tidak berpecah (masing-masing ada pengikut) dan perlu
mengambil kira survival parti dalam PRU akan datang.
4. Selagi UMNO dilihat berpecah, bangsa lain tidak akan kembali
kepada BN. Dan ini mungkin berjangkit kepada bangsa Pribumi bukan Melayu
di Sabah dan Sarawak.
5. Jika dilihat secara retrospektif, sejak dulu yang kekal tidak
berubah ialah pergelutan kuasa dalam parti. Sejak 2008 pula, sokongan
orang cina sudah banyak berbeza. Kita tak boleh terus asyik dengan
nostalgia 2/3 majoriti bla bla bla.
6. Kalau beginilah caranya… siapa pun boleh ramalkan kekalahan BN pada PRU akan datang.
Sekian. Harap maklum dan harap maaf. Lol
Catatan ini dipetik dari Facebook Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Baharu, Saudara Syaiful Rizal Abd Ghani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment