Wednesday, April 08, 2015
Utamakan Kepentingan Rakyat, Henti Main Politik “Ding Dong” – Pemuda Selangor
8 April 2015, Kuala Lumpur : Pemuda UMNO Selangor membidas kerajaan negeri
itu dan menggesa agar menghentikan permainan sandiwara politik terutama
berhubung keperluan mendesak rakyat seperti isu air dan masalah
kesesakan jalan raya.
Ketua Pemuda UMNO negeri itu Zainuri Datuk Zainal berkata tindakan
berterusan kerajaan negeri pimpinan PKR bermain politik sempit hanya
akan menyusahkan banyak pihak.
Menurut beliau rakyat Selangor sudah pasti mahukan segala masalah
yang berlaku diselesaikan sebaik mungkin dan perancangan yang terbaik
untuk mereka berjalan lancar tanpa adanya perkara berbangkit kerana
akhirnya mereka yang akan menerima kesannya.
“Isu air contohnya…sekali begitu dan sekali begini pula
kenyataan…Kidex pun begitu juga. Cukup-cukuplah. Kita percaya rakyat
mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada kerajaan negeri dalam
menyelesaikan masalah mereka.
“Takkan nak tunggu masalah berlaku dan merumitkan penduduk setempat
barulah pelbagai langkah diambil. Jalan terbaik adalah mengambil langkah
dan tindakan sewajarnya di peringkat awal sebelum keadaan menjadi
sebaliknya.
“Sampai bila mahu “ding dong“…Cukup-cukuplah dan ambillah
penyelesaian terbaik demi rakyat. Mereka sudah letih dengan apa yang
dihidangkan hari ini.
“Justeru langkah terbaik adalah memberikan tumpuan ke arah
menyelesaikan segala permasalahan yang timbul selain berlapang dada demi
kepentingan rakyat kerana yang penting adalah kepentingan semua pihak,“
katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Klang seterusnya menimbulkan
kehairanan apakah di sebalik perkara yang berlaku hari ini khususnya
dalam isu air dan sebagainya.
“Itulah yang saya cukup hairan…Sewaktu MB Tan Sri Khalid Ibrahim
segala yang timbul hari ini difahamkan sudah menemui jalan
penyelesaian…Tiba-tiba hari ini lain pula yang timbul.
“Kita pun pening dan atas dasar itulah Pemuda Selangor meminta agar
segala permasalahan yang berlaku diselesaikan sebaik mungkin. Yang akan
menerima kesannya adalah rakyat dan semua sekali,“ ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment