Monday, April 13, 2015

Penjelasan PM : Biarkan Mereka Terus Manipulasi, Kita Teruskan Agenda Parti – Jamawi

10 April 2015, Kuala Lumpur : Bukan sesuatu yang pelik dan bukan perkara menghairankan penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi berhubung isu-isu berbangkit akan terus dimanipulasi oleh segelintir pihak dalam usaha mengeruhkan lagi suasana.

Justeru Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berharap perkara berkenaan tidak akan terus berlarutan dalam usaha memastikan bukan sahaja kerajaan malahan parti itu sendiri kekal utuh.

KL41_090415_PM_WANITA

Tegas beliau dalam senario sekarang sewajarnya perkara berkenaan tidak harus berpanjangan dan tidak sewajarnya dimanipulasi oleh mana-mana pihak kerana Datuk Seri Najib telah tampil ke depan menjawab perkara-perkara yang berbangkit.

“Cukup-cukuplah…dan macam-macam yang kita dengar. Yang penting hari ini kita melaksanakan melaksanakan segala perancangan yang terbaik dan dasar untuk kepentingan negara dan rakyat.

“Tidak ada kesudahannya jika kita mengambil sikap sedemikian. Janganlah keruhkan lagi keadaan. Saya percaya segala manipulasi dan sebagainya adalah untuk mengeruhkan lagi suasana semata-mata. Dan saya juga percaya ada ruang yang boleh menjernihkan suasana berkenaan,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menyeru agar ahli parti khususnya pergerakan itu terus bersatu padu demi kelangsungan parti dalam usaha melaksanakan segala tanggungjawab kepada rakyat.

“Hari ini tugas kita adalah untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu. Sudah tentu tumpuan adalah untuk melaksanakan segala perancangan yang telah diatur sebaik mungkin.

“Itulah penekanan kita. Dalam keadaan pihak lawan yang kucar kacir, kita tumpukan kepada agenda rakyat. Bagi saya itu adalah yang utama dan perlu dilunaskan agar segala yang kita mahu ketengahkan tidak terbantut di pertengahan jalan,“ ujarnya. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment