Monday, April 13, 2015
Permatang Pauh Bukan Kubu Kuat Yang Kebal Untuk PKR – Teng
13 April 2015, Permatang Pauh : Kawasan Parlimen Permatang Pauh bukanlah
kubu kuat yang kebal untuk PKR, tetapi sekadar kubu yang kuat namun
masih boleh ditembusi oleh BN khususnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen
Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei ini.
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, walaupun banyak
pihak mengatakan ia merupakan kubu kuat untuk PKR kerana sejak sekian
lama Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat termasuk ketika beliau di dalam
BN satu ketika dulu, namun jika gerakkerja tersusun dan usaha yang
berterusan dari jentera BN Permatang Pauh, kubu kuat PKR ini tidak
mustahil untuk ditembusi dan dirobohkan BN pada 7 Mei ini.
“Kawasan
ini kita boleh tembusi, kita kena kerja sama-sama, kita kena tunjukkan
semangat bersatu-padu dan kita kena bersemangat untuk mencapai kejayaan.
“Dalam perjalanan menuju ke hari penamaan dan pengundian ini, saya
nampak kekuatan dan peranan setiap parti dicantumkan. UMNO khususnya
Wanita UMNO, sangat kuat dalam gerakan Jalinan Rakyat, jadi kita di
kompenan BN yang lain akan turut membantu bagi memastikan kejayaan BN
dalam perjuangan kali ini,” ujarnya ketika berucap pada Majlis
Perjumpaan Khas Jentera BN Permatang Pauh bersama Timbalan Perdana
Menteri, semalam.
Teng yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata semua anggota
parti komited untuk bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon BN
pada pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata, walaupun jentera pilihan raya BN belum dilancarkan,
anggotanya di peringkat akar umbi telah mula menjalankan usaha sejak
awal tahun ini.
“Kerja-kerja di peringkat akar umbi telah bermula dengan pendaftaran
pengundi dan kami akan menetapkan tarikh untuk melancarkan jentera
pilihan raya kami selepas mesyuarat minggu ini,” katanya.
Beliau berkata, BN kini memberi tumpuan kepada kempen multimedia baharu untuk menawan hati majoriti pengundi muda.
Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas penyandangnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen
selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja
yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat
bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar sedang menjalani huikuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang
Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721
undi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment