Thursday, April 02, 2015

“Save Malaysia” Helah Politik Murahan DAP – Khairul Azwan

1 April 2015, Kuala Lumpur : Saranan penasihat Dap Lim Kit Siang bagi pembentukan satu gabungan baharu yang dinamakan “Save Malaysia” dilihat helah yang murah setelah pakatan mereka dilanda masalah yang kian meruncing.

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairul Azwan Datuk Harun berkata cadangan berkenaan atas alasan apa sekali pun tidak lebih sekadar menutup masalah mereka selain menimbulkan pelbagai persoalan lain.

Menurut beliau setelah mereka dilanda masalah rumahtangga yang cukup heboh boleh timbul pula cadangan sedemikian rupa dan terkini masalah itu dapat dilihat di Sabah dan Sarawak

“Kenapa dalam konteks membangunkan negara mereka tidak sanggup untuk bersama-sama khususnya dalam soal menjayakan dasar yang ingin dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

“Paling ketara pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadikan isu dengan menghentam kerajaan…begitu juga dengan dasar dan perancangan serta pelaksanaan lain yang kadangkala dimanipulasi sewenang-wenangnya

DSC_3850

“Justeru saya kira tidak perlu timbul ‘Save Malaysia’ kerana mereka boleh memainkan peranan masing-masing baik Dap, mahu pun PKR atau pun Pas dengan memberikan sokongan kepada dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan hari ini. Namun tidak pula kita nampak ke arah itu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah BN sentiasa mempertahankan formula perkongsian kuasa dan formula tersebut cukup berjaya memacu negara hari ini.

Tambahnya lagi atas permuafakatan dan perkongsian itulah BN mampu bertahan hingga ke hari ini dan mendapat kepercayaan rakyat menerajui pemerintahan negara.

“Kita rasa tidak perlu melayan cadangan sedemikian rupa yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata. Semangat setiakawan dalam BN telah menjadi asas kepada kejayaan menguruskan negara dan menjaga kepentingan rakyat,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment