Monday, December 28, 2015
Lakukan Dua Tiga Kerja Bukan Perkara Hina
EDITOR MENULIS...
28 DISEMBER 2015...
Tuhan tidak akan mengubah nasib anda jika anda tidak lakukannya
sendiri. Perbuatan menuding jari menyalahkan orang lain tanpa melihat
kelemahan diri sendiri itu lah yang dikatakan hina.
Keengganan untuk berusaha untuk diri sendiri dan keluarga adalah di
antara faktor yang menyebabkan kehidupan berada dalam keadaan melarat.
Apabila perkara ini berlaku, mereka memilih jalan mudah dengan
menyalahkan kerajaan.
Budaya melakukan dua tiga kerja telah lama diamalkan di negara-negara
barat dan timur. Namun apabila perkara ini disarankan oleh Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, beliau telah dikecam.
Malahan
Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Krishnam pula menggesa Putrajaya
membantu rakyat dengan strategi berkesan bagi memastikan mereka
mempunyai pendapatan mencukupi, dan bukannya menggalakkan mereka
melakukan dua kerja. Kononnya kajian menunjukkan mereka yang melakukan
dua kerja akan menerima impak negatif kepada kesihatan dan produktiviti
pekerja.
Sikap manusia yang lebih suka mengecam dan memilih untuk berfikiran
negatif menjadi punca keengganan mereka untuk berusaha dengan lebih
gigih.
Pernahkah anda mendengar pepatah Melayu “belakang parang, kalau
diasah lagikan tajam”? Begitu juga dengan tubuh badan kita. Dengan
“exersice” yang banyak maka badan kita akan lebih cergas dan sihat.
Tuhan telah kurniakan setiap orang dengan pancaindera yang sama namun
cara setiap orang menggunakannya sememangnya berlainan di antara satu
sama lain.
Tahukah anda, mereka yang banyak tidur, otak akan “mati”? Mungkin
anda akan terkejut apabila anda mendapati dengan melakukan dua tiga
kerja, tubuh anda bukan sahaja lebih sihat malahan “poket” anda juga
akan lebih tebal dan ini menjurus kepada keluarga yang lebih bahagia.
Sebelum ini Ahmad Maslan dilaporkan berkata kerajaan menggalakkan
mereka berpendapatan rendah melaksanakan dua kerja dan tindakan itu
turut dilakukan oleh penduduk di negara-negara lain.
Kenyataannya itu
mengundang kritikan banyak pihak, terutamanya pengguna laman media
sosial.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Ceupacs) Datuk Azih Muda berkata, melakukan lebih
dari satu pekerjaan akan memberikan kesan terhadap prestasi pekerja
untuk penjawat awam.
Adakah beliau pasti bahawa mereka yang melakukan dua kerja akan
terjejas produktiviti mereka? Semua orang diberi masa yang sama iaitu 24
jam sehari. Cara bagaimana mereka menggunakan masa tersebut yang
menentukan produktiviti seseorang itu.
Adakah cukup produktif bagi kakitangan awam yang lebih banyak
menghabiskan masa dengan minum pagi dan minum petang dari melaksanakan
kerja jika dibandingkan dengan mereka yang melakukan dua jenis pekerjaan
namun tahu membahagikan masa dengan tidak melakukan perkara-perkara
yang “membuang masa” seperti memfitnah kerajaan dan sebagainya.
Berkenaan dengan harta pejabat digunakan oleh pekerja melakukan kerja
ke-2 mereka seperti perniagaan atas talian pula. Ini berbalik semula
dengan prinsip dan disiplin diri.
Pekerjaan kedua bermaksud kerja yang mereka boleh lakukan di luar
waktu pejabat dan hanya mengambil masa lebih kurang dua ke tiga jam
sahaja. Maknanya mereka hanya terpaksa korbankan masa “mengumpat” dan
masa menonton tv rancangan kegemaran mereka sahaja dalam usaha meraih
pendapatan yang lebih lumayan untuk diri sendiri dan keluarga.
Kesimpulannya, dalam apa jua perancangan dan percaturan hidup kita,
prinsip “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” sentiasa mengekori
kita.
Namun jika anda memilih untuk terus melakukan satu pekerjaan dengan
bermacam-macam alasan penat lah, produktiviti akan terjejas, masa
bersama keluarga dan lain-lain lagi maka anda tidak boleh cemburukan
mereka yang hidup lebih senang daripada anda.
Dan anda tidak ada hak untuk terus menyalahkan kerajaan di atas sikap malas anda sendiri.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Pembangkang Diingatkan Henti Main Isu Perkauman Bagi Raih Sokongan Rakyat Sarawak
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul
Anuar Nasarah berkata pembangkang menyedari bakal mengalami kesukaran
mendapatkan kepercayaan rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN)
yang akan diadakan tidak lama lagi.
Justeru beliau percaya, tidak mustahil isu perkauman akan digunapakai
bagi mencetus api kebencian kepada kepimpinan negeri yang sedia ada
yang setakat ini telah mentadbir dengan baik dan cemerlang.
Jelasnya lagi, kreadibiliti dan kewibawaan Ketua Menteri Sarawak,
Datuk Seri Adnan Satem telah membawa imej baik kepada Kerajaan Barisan
Nasional (BN) di negeri tersebut dengan pelbagai pendekatan dan polisi
baru yang diperkenalkan di bawah kepimpinan digemari rakyat.
“Sejak
beliau mengambil alih kerajaan negeri banyak isu dan masalah yang
dihadapi selama ini telah berjaya beliau selesaikan dengan sokongan kuat
kerajaaan di peringkat persekutuan.
“Pendekatan yang beliau lakukan ini telah memberikan keyakinan baru
kepada rakyat negeri Sarawak dan keadaan ini memperlihatkan bahawa
rakyat memerlukan Adnan Satem untuk terus menerajui Kerajaan BN di
negeri itu.
“Beliau nampaknya bukan hanya mampu rapat atau selesaikan masalah
antara parti politik di Sarawak malah telah dapat melemahkan pembangkang
di Sarawak selain keupayaan beliau mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyat. Ini dibuktikan apabila Sarawak diiktiraf sebagai Negeri
Perpaduan di Malaysia,” ujarnya kepada pihak media.
Oleh kerana itu tambah Shamsul, pembangkang menyedari bakal
berhadapan laluan sukar untuk memenangi PRN Sarawak yang dijangka tahun
hadapan, kerana tidak banyak isu yang boleh mereka gunakan.
“Lantaran itu tidak mustahil pembangkang akan menggunakan isu
perkauman bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka namun saya cukup
yakin ia amat sukar dilakukan kerana keadaan majoriti masyarakat Sarawak
sukar menerima isu perkauman dalam kehidupan mereka walaupun sebahagian
kecil terpengaruh namum saya yakin ia tidak akan menjejaskan sokongan
rakyat kepada Kerajaan BN Sarawak.
“Justeru itu, saya amat berharap rakyat Sarawak menolak politik
perkauman yang mungkin dimainkan oleh pembangkang kerana ia langsung
tidak memberikan keuntungan malah ia membahayakan masa depan rakyat
Sarawak sendiri.
“Saya percaya rakyat Sarawak matang dalam membuat keputusan dan akan
terus memberikan sokongan kepada BN kerana ini sahaja parti yang mampu
membela rakyat Sarawak bagi masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PAS Dalam Pakatan : Tak Mahu Dicerai, Tapi Bila Diajak Tidur Bersama Tak Mahu
KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd
Razlan Muhammad Rafii menyifatkan situasi Pas di dalam pakatan
pembangkang hari ini seolah-olah digantung tak bertali sehingga
menyebabkan ahli dan penyokong, malah kepimpinan Pas sendiri merasa
keliru dengan status Pas di dalam pakatan pembangkang.
Menurut beliau, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah
yang mengumumkan Pas tidak akan diberi kerusi di pilihanraya negeri
Sarawak memperlihatkan Pas seolah-olah masih bersama pakatan
pembangkang, tetapi dalam masa yang sama hubungan politik antara Dap dan
Pas sudah tidak lagi wujud.
“Apa yang saya lihat di sini, pakatan pembangkang tak mahu ceraikan
Pas tetapi tidak mahu tidur bersama. Sudah tentulah jika diumpamakan di
dalam sebuah perkahwinan, Pas akan merajuk dan buat hal dalam keadaan
seperti ini.
“Kenyataan
Wan Azizah berhubung tidak ada kerusi bagi Pas di Sarawak juga
membuktikan bahawa mereka tetap mahukan Pas, namun mereka membuat
keputusan sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan kepimpinan Pas itu
sendiri.
“Kecelaruan politik yang diamalkan oleh kepimpinan pembangkang bukan
sahaja mengelirukan rakyat tetapi turut mengelirukan ahli dan kepimpinan
Pas itu sendiri. Sebab itu saya umpamakan Pas seperti digantung tidak
bertali. Dicerai tidak namun diajak tidur bersama tak mahu,” katanya
sinis kepada pihak media di sini hari ini.
Menurut beliau, dalam hal ini kepimpinan UMNO sejak dari dulu lagi
meramalkan bahawa Pas tidak akan bertahan lama dengan gabungan Dap dan
PKR di dalam pakatan pembangkang.
“Mungkin dulu rakyat tidak faham apa maksud kita mengatakan Pas di
dalam pakatan pembangkang seumpamanya tidur sebantal tetapi mimpi
lain-lain. Dan hari ini kita dapat tengok betapa terbukti benar ramalan
itu melihatkan situasi konflik dan krisis yang berlaku antara Pas dan
Dap.
“Ketidakstabilan parti-parti pembangkang dalam hubungan dan kerjasama
politik yang berlaku inilah yang membimbangkang kita. Negara tidak
dapat ditadbir dengan baik jika kita berikan mereka kuasa kerana
diantara mereka sendiri tidak sehaluan dan sering bercakaran.
“Mana mungkin negara dapat maju kehadapan jika kita memilih
pemerintah yang lebih mengutamakan politik kepartian dan peribadi mereka
berbanding dengan kepentingan rakyat.,” ujarnya.
Kini dalam soal isu kerusi kata Razlan lagi, mereka sudah memulakan
perbalahan baru sedangkan isu perbalahan lama antara Pas dan Dap serta
status Pas di dalam pakatan pembangkang masih lagi belum selesai.
“Dalam isu pembahagian kerusi bagi pilihanraya Sarawak kita dapati
mereka saling tuding menuding jari mendakwa parti mereka adalah lebih
baik dan mendapat sambutan rakyat dari yang lain.
Sedangkan hakikatnya
bagi saya ketiga-tiga parti itu masih belum layak untuk mentadbir negara
biarpun melalui gabungan atau dengan cara bersendirian.
“Saya rasa mereka patut contohi bagaimana kepimpinan parti-parti di
dalam Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO yang masih kekal utuh
dalam kerjasama politik demi kepentingan rakyat dan negara sejak negara
mencapai kemerdekaan.
“Kerana kesefahaman, toleransi dan kerjasama yang baik dengan satu
matlamat untuk memajukan negara, maka BN telah berjaya membangunkan
ekonomi dan infrastruktur negara dengan begitu pesat seperti yang kita
nikmati hari ini. Ketiga-tiga faktor ini tidak ada dalam pembangkang dan
sebab itulah kita lihat mereka asyik bercakar sesama sendiri sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka pada rakyat hari ini,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Azmin Diingatkan Agar Tidak Terus Menyepi Isu-Isu Berbangkit Di Selangor – Halimaton
KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali
diingatkan agar tidak terus menyepi untuk memberikan penjelasan lebih
lanjut terhadap beberapa isu di negeri yang sarat dengan kontroversi
sebelum ini seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana
penstrukturan air di negeri berkenaan serta kos naik taraf pintu gerbang
Kota Darul Ehsan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Halimaton
Saadiah Hj Borhan berkata selaku Menteri Besar, beliau perlu memberikan
secara panjang lebar terhadap perkara yang dibangkitkan sebelum ini oleh
pelbagai pihak termasuk bekas MB, Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim dalam soal dana penstrukturan air.
Menurut beliau sampai bila soal berkenaan akan terus berlalu begitu
sahaja dan jika ada sekalipun sebelum ini ianya adalah tidak menyeluruh
dan masih lagi memerlukan penerangan serta penjelasan lanjut mengenai
soal yang dibangkitkan itu.
“Jika
bukan menteri besar yang perlu memberikan penjelasan apakah tidak ada
pihak-pihak lain yang ada hubungkait dengan soal-soal yang dibangkitkan
itu untuk tampil ke depan memberikan penjelasan sewajarnya.
“Kita percaya dan penuh yakin rakyat ingin tahu secara jelas dan
secara nyata apa yang dikemukakan itu kerana ianya bukan sahaja
melibatkan ketelusan malah integriti kerajaan negeri itu sendiri,”
katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.
Beliau sekali lagi mengingatkan Azmin agar tidak terus mengunci mulut
dalam pelbagai isu kontroversi dengan mengharapkan rakyat akan lupa
kerana isu berkenaan membabitkan bukan sahaja jutaan malah ribuan juta
wang rakyat Selangor.
Tambahnya lagi pelbagai pertanyaan yang dibangkitkan berhubungkait
dengan kontroversi sebelum ini adalah semata-mata untuk mengetahui
secara nyata soal-soal terbabit dan bukannya mahu mengaibkan sesiapa.
“Tindakan mengunci mulut atau penjelasan secara acuh tak acuh hanya
membuatkan kita merasakan kerajaan Selangor cuba menyembunyikan tindakan
jahat,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam Soal Israel – Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR : Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam
hubungan diplomatik dengan Israel dan Dap tidak sepatutnya bertindak di
luar dasar itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
Katanya, sensitiviti rakyat negara ini dalam isu berkaitan Israel perlu dihormati.
Beliau mengulas tindakan seorang pemimpin Dap Perak yang dilaporkan
mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menghalang
dua peserta luncur angin dari Israel daripada menyertai satu kejohanan
di Langkawi, Kedah.
Bagaimanapun, pemimpin berkenaan dilaporkan telah menarik balik kritikan itu.
Ahmad Zahid berkata, pandangan pemimpin Dap itu turut tidak dipersetujui oleh rakan dalam pembangkang.
“Saya tidak perlu menyebut parti mana tapi saya fikir Dap jangan
melihat dari aspek dan elemen mereka sahaja. Mereka harus melihat dari
segi sensitiviti rakyat terbanyak di negara ini,” katanya pada
penutupan majlis Deklarasi Prioriti 2016 ‘Ekonomi Keutamaan Kita’ di
sini, Isnin.
Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar
Antarabangsa 2015 (ISAF YWC 2015) yang berlangsung semalam hingga 3
Januari 2016 menerima penyertaan lebih 400 pelayar muda dari 80 negara
termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia dan Afrika Selatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Fahami Dasar Politik Sebelum Kecam Khairy, Bidas Pemuda Pulau Pinang Terhadap DAP
NIBONG TEBAL : Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar
tindakan Pengerusi Biro Ekonomi Dap Perak, Chong Zemin yang menyifatkan
kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin
berkaitan sekatan Pasukan Luncur Angin Israel dalam Kejohanan Perahu
Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa 2015 (ISAF YWC
2015) di Langkawi sebagai sentimen politik dan peribadi.
Ketuanya Rafizal Rahim menegaskan kenyataan tersebut sangat radikal
kerana penarikan diri pasukan itu adalah disebabkan polisi diplomatik
antara Malaysia-Israel.
Jelas
beliau lagi dasar politik antarabangsa di antara Malaysia-Israel
haruslah difahami terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak membuat
sebarang kenyataan.
“Sesungguhnya penarikan diri pasukan Israel tidak langsung disebabkan
oleh tindakan atau hasrat Khairy untuk merumitkan proses penyertaan
Israel ke kejohanan tersebut.
“Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menasihati Pengerusi Biro
Ekonomi Dap Perak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan lebih memahami
dan patuh kepada Dasar Luar Negara khususnya Malaysia-Israel”, katanya
kepada pihak media di sini.
Justeru tambahnya Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil ketetapan teguh
menyokong penuh tindakan Kerajaan Malaysia dan Khairy Jamaludin sebagai
Menteri Belia dan Sukan Malaysia berkaitan isu ini.
“Isu ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik murahan Dap kerana
ini. Janganlah semua perkara hendak dijadikan bahan mereka menyemai rasa
benci di hati rakyat kepada kerajaan,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Jangan Ungkit Kisah Silam Untuk Gagalkan Kerjasama UMNO-Pas : Syed Ali
KUALA LUMPUR : Usaha kerjasama politik antara UMNO-Pas yang
menjuruskan kepada penyatuan umat tidak harus dicuriga sebaliknya perlu
dilihat secara lebih positif dalam konteks kepentingan negara bangsa,
tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Beliau berkata, persepsi dan andaian dengan menjadikan sejarah
hubungan UMNO-Pas yang pernah bersatu dalam gagasan Barisan Nasional
(BN) tidak perlu diungkit dan dijadikan alasan untuk menggagalkan usaha
tersebut.
“Ada kalangan pemimpin Pas menjadikan sejarah lalu sebagai dendam
politik untuk menolak pelawaan UMNO, ini tidak membawa keuntungan kepeda
kepentingan sejagat,” tegasnya dalam entri terbaru di
umnobahagiancheras.blogspot.com.
Katanya,semua
pihak sama ada dalam kepimpinan UMNO dan Pas hendaklah melihat
keutamaan penyatuan orang Melayu dan umat Islam sebagai kerangka utama
dalam merintis jalan penyatuan tersebut.
” Kita kena mengambil pendekatan positif dan realistik dengan melihat
kepada kepentingan umat Islam dan negara bangsa, sentimen politik
kepartian sewajarnya diketepikan,”katanya.
Beliau mengulangi bahawa pemimpin UMNO sentiasa bersikap ikhlas untuk
menjalin kerjasama dengan Pas tanpa dipengaruhi oleh agenda atau
kepentingan kumpulan tertentu.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah
Persekutuan menegur sikap sesetengah pemimpin Pas yang dikatakan
menunjukkan kesangsian terhadap keikhlasan UMNO.
Malah katanya, sikap segelintir Pas yang seolah-olah ‘keras kepala’
untuk tidak mengadakan kerjasama dengan UMNO sesuatau yang amat
mendukacitakan.
“Ketika presiden mereka (Pas), Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
kelihatan positif dan menerima pelawaan UMNO, ada pula sesetengah
pemimpin Pas mencurigai usaha tersebut, ini boleh merencatkan usaha
kerjasama tersebut,”tegasnya.
Awal bulan ini, Presden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa
berucap pada sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO secara terbuka
telah menghulurklan salam perpaduan dan kerjasama dengan Pas.
Tindakan Najib telah mendapat sokongan padu daripada seluruh
ahli-ahli UMNO termasuk peringkat akar umbi dan orang Melayu
keseluruhannya yang melihat sikap keterbukaan UMNO itu memberi impak
besar terhadap kepentingan orang Melayu di negara ini.
Selain Haji Hadi, beberapa pemimpin kanan Pas termasuk Dewan Ulamak
parti itu turut menyambut baik pelawaan Najib sambil menegaskan Pas
bagaimanapun perlu mengkajinya secara terperinci bentuk kerjasama
tersebut.
Menurut Syed Ali lagi, penyatuan dan kerjasama politik antara
UMNO-Pas akan menjadi dimensi baru dalam senario politik Malaysia
terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
“Kerjasama UMNO-Pas akan menjadi persekitaran politik orang Melayu
bertambah mantap kearah pengukuhan umat, ini perlu diberikan sokongan
dan dokongan semua pihak,” tegasnya.
Mengenai kerenah Dap dan parti AMANAH yang menentang usaha Pas
menjalin kerjasama dengan UMNO, beliau menjelaskan kedua-dua parti
pembangkang itu amat bimbang mereka akan terhakis sokongan orang Melayu
pada PRU akan datang.
“Dap menagih ehsan Pas di kawasan pengundi Melayu dan apabila Pas
sudah tidak lagi bersama pakatan pembangkang, ianya memberi satu ancama
baru kepada Dap,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Jangan Tengok ‘Headline’ Saja, Tapi Baca Isinya – Salleh
KUALA LUMPUR : Tajuk berita atau ‘news headline’ sepatutnya
berpaksi kepada inti pati sesebuah berita, kerana ia merupakan prinsip
etika kewartawanan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata tajuk berita mesti diangkat daripada ‘intro’ atau perenggan
pertama sesebuah berita itu.
“Bagaimanapun, apa yang didapati sekarang, ada ‘news headline’ yang
mengelirukan, tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang
ditulis malah kadangkala lari daripada isinya, laporan atau berita
disensasikan, penulisan dibuat di luar konteks.
“Saya membaca suratkhabar dan melayari portal berita…rutin harian
saya sejak dari dulu dan kini semestinya lagi di kementerian yang
bertanggungjawab penuh ke atas media,” katanya dalam catatan terbaharu
di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.
Dalam era masa kini, setiap detik banyak maklumat mengalir masuk,
bermacam cerita dari pelbagai sudut penulisan atau ‘angle’ dibuat,
katanya.
Salleh berkata antara media massa dan portal berita, ada perbezaan
dan kelainan pendekatan, bagi menarik perhatian pembaca, dan beliau
perhatikan ada kecenderungan mencari tajuk ‘news headline’ yang sensasi,
kontroversi, spekulasi dan provokasi.
“News headline biasanya ditentukan oleh editor dan bukannya wartawan
atau penulis yang tertera ‘by-line’ pada laporan itu, maka, pemilihan
sesuatu ‘news headline’ itu bergantung kepada justifikasi dan integriti
seseorang editor.
“Setiap editor mempunyai asas, cara dan pendekatan masing-masing,
lazimnya editor memilih sesuatu tajuk yang dapat ‘menjual’ suratkhabar,
justeru, editor akhbar atau pengendali portal berita perlu lebih
berhati-hati kerana mereka bertanggungjawab penuh ke atas apa yang
diterbitkan,” katanya.
Pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada
tajuk atau ‘news headline’ saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama
dengan tajuknya, pembaca juga harus melakukan ‘self censorship’,
katanya
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Berita Popular
MARA Digital Hanya Pilihan, Bukan Untuk Saingan – Ismail Sabri
BERA : Ada pihak didapati
tidak senang dengan kewujudan Mara Digital sehingga sanggup menyebarkan
pelbagai tohmahan termasuk melalui media sosial untuk memastikan pusat
usahawan digital bumiputera itu gagal.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, pihak berkenaan dipercayai melakukan perkara itu untuk
memastikan monopoli mereka dalam bidang itu terus kekal.
“Langkah mewujudkan Mara Digital ini bukan untuk bersaing dengan
mana-mana pihak tetapi sebagai langkah untuk menyediakan tempat
perniagaan kepada bumiputera sesuai dengan peranan Mara itu sendiri.
“Ini kerana selama ini peniaga bumiputera dalam bidang tersebut susah
untuk mendapat tempat dan jikalau adapun sewanya agak mahal,
menyebabkan ramai yang tidak mampu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program
‘Back To School Yayasan Pelajaran Mara’ di sini hari ini yang turut
dihadiri Timbalan Pengerusinya, Zahida Zarikh Khan.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata pihak lain tidak sepatutnya
merasa terancam dengan kewujudan pusat digital berkenaan ia hanya
merupakan alternatif kepada pusat digital yang sedia ada di negara ini.
“Tak perlu rasa terancam sebab pusat itu hanya mempunyai 38 gerai
berbanding pusat digital lain yang lebih besar dan mempunyai
beratus-ratus gerai.
“Kami hanya menyediakan pilihan kepada pengguna dan kami tidak pernah
memaksa mereka untuk membeli-belah di situ, jadi tak perlulah nak
memburukkan Mara Digital,” katanya.
Menurutnya kewujudan Mara Digital juga sedikit sebanyak membantu
menghidupkan kembali Arked Mara yang selama ini perniagaan di kawasan
itu hampir malap.
Sementara itu sepanjang tahun ini Yayasan Pelajaran Mara
memperuntukkan RM2.5 juta untuk menyalurkan peralatan kelengkapan
persekolahan kepada 25,000 pelajar di seluruh negara.
Ismail Sabri berkata jumlah itu meningkat berbanding RM1.8 juta
peruntukan yang disalurkan pada tahun lepas untuk membantu 16,000
pelajar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Hayati Sunnah Nabi Muhammad SAW, Jadi Umat Berkualiti Tapi Bersederhana – Najib
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengajak umat Islam terus menghayati serta melaksanakan amalan
dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Menurut Najib, ajaran Islam sebenar Rasulullah SAW adalah ajaran
untuk membentuk umat bersederhana, ‘Ummatan Wasatan’, berkualiti, mulia,
cemerlang, tidak ekstrem dan adil.
“Alhamdulillah
kita dapat sama-sama sambut kelahiran junjungan besar kita Muhammad SAW
semalam. Moga kita sentiasa hayati dan amalkan peninggalan Baginda,”
katanya dalam laman Facebook dan Twitternya.
Najib turut mengingatkan umat Islam supaya bersama-sama berusaha
menjadi ‘Ummatan Wasatan’ dengan berpegang teguh kepada sirah serta
menghayati dan mengamalkan peninggalan dan keperibadian Baginda
Rasulullah SAW.
Semalam, sambutan Maulidur Rasul kali kedua tahun ini disambut dengan
semangat kesatuan dalam kalangan umat Islam selaras dengan tema tahun
ini ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.
Sambutan diadakan di seluruh negara termasuk peringkat nasional yang
pertama kali diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang dengan
dipenuhi acara bagi memperingati jasa dan perjuangan Rasulullah SAW.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Prinsip Perpaduan Perlu Terus Jadi Teras Kekuatan, Ketinggian Martabat Ummah Islam
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata prinsip perpaduan perlu terus dijadikan teras kekuatan dan
ketinggian martabat masyarakat Islam.
Beliau berkata kehidupan yang harmoni dan bersatu-padu menjadi paksi kepada kewujudan sesuatu ummah.
Perasaan keumatan inilah asas sejati perpaduan, silaturahim dan
ukhuwah Islamiah manakala perpaduan pula adalah teras kekuatan dan
kemuliaan umat ini, katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1437H esok, yang dimuatkan di laman blog najibrazak.com.
“Justeru, amatlah penting kita hayati perpaduan ini dan
terjemahkannya dalam bentuk kesatuan kasih sayang dan tindakan
praktikal, bermula dengan unit asas seperti keluarga, kejiranan malah ke
peringkat negara dan antarabangsa,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata membina perpaduan merupakan antara Sunnah
terpenting yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya.
Najib menegaskan atas asas itu, kerajaan akan terus berusaha
memakmurkan negara untuk muncul sebagai negara Islam yang maju dan
berpendapatan tinggi.
Dalam pada itu, beliau menarik perhatian bahawa Maulidur Rasul disambut dua kali pada 2015, yang pertama pada Januari lepas.
“Pada 3 Jan lepas, kita menyambut Maulidur Rasul bagi 1436H dan esok
24 Dis kita meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1437H.
Alhamdulillah,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW begitu
besar kepada umat Islam kerana baginda bersama para sahabat telah
menanggung pelbagai kesusahan dan penderitaan dalam memartabatkan syiar
dan syariat Islam serta membina ummah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Umat Islam Perlu Tapis Pandangan Bersifat Prasangka Buruk – Salleh
KOTA BELUD : Umat Islam perlu menapis pandangan
yang disebarkan oleh pihak yang menyimpan prasangka buruk terhadap orang
lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said
Keruak.
Beliau berkata bukan semua pandangan yang disebarkan di internet,
majalah dan laman sosial adalah benar dan sebagai umat Islam, berita
yang membahaskan keaiban orang lain dan membahayakan pemikiran tidak
patut didengari.
Katanya Islam dengan jelas telah menyuruh umat agar sentiasa berfikiran baik dan menjauhi buruk sangka terhadap orang lain.
“Kita hidup dalam zaman yang banyak terjadi fitnah, hasad dengki, mahukan kedudukan dan bohong.
“Pandangan ini bukan hanya merosakkan kehormatan manusia, akan tetapi
akan merosakkan ajaran Islam dan pemeluknya,” kata Salleh yang juga
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan kepada Bernama selepas
menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota
Belud; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk
Musbah Jamli, yang juga ADUN Tempasuk dan Pegawai Daerah Kota Belud
Abdul Gari Itam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
PNB Umum Dividen 7.25 Sen, 0.50 Sen Bonus Bagi ASB
KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak
syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Selasa
mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50
sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2015.
Agihan berkenaan rendah sedikit berbanding 7.5 sen seunit yang diumumkan bagi ASB tahun lepas.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, agihan pendapatan
itu akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan
sebanyak 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.
Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.
“Pembayaran berkenaan akan memberi manfaat 8.87 juta pemegang unit
yang kini memiliki sejumlah 142.54 bilion unit ASB,” katanya pada sidang
media selepas mengumumkan agihan dividen berkenaan di sini.
Ahmad Sarji berkata, setakat 23 Disember 2015, ASB mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.06 bilion.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
SKMM Diminta Segera Sekat Video Penceramah Dakyah Ekstremis
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menyekat video penceramah bebas yang menyampaikan dakwah berunsurkan ekstremis, melalui media sosial.
Pendakwah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata langkah itu
bagi memastikan penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal
Jamaah dapat dibendung lebih awal.
“Berceramah melalui media sosial ini baik, tapi ia perlu dipantau dan diberi pengawasan seketat-ketatnya.
“Dalam hal ini, pihak polis perlu menyenaraikan individu yang
dilihat berhujah tanpa asas dengan memanipulasi Al-Quran dan Hadis untuk
membawa fahaman ekstremis melalui YouTube,” katanya.
Beliau mengulas saranan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay supaya orang ramai tidak mempercayai dakyah yang disampaikan penceramah
bebas di YouTube, bagi mengelak penularan fahaman ekstremis.
Mengulas lanjut, Wan Akashah berkata pihak berkuasa agama juga perlu
tampil memberi bantuan dalam mengesan sama ada intipati ceramah yang
disampaikan penceramah melalui media sosial itu bersandarkan Islam atau
sebaliknya.
“Ini bagi menapis senarai penceramah yang berkualiti serta memastikan
individu yang layak sahaja boleh menyampaikan ceramah agama di negara ini,” katanya.
Beliau turut menyarankan majlis-majlis agama Islam negeri supaya
mengetatkan lagi penguatkuasaan terhadap pendakwah yang tidak bertauliah
di negeri masing-masing.
Selain itu, Wan Akashah menasihatkan orang ramai supaya menyelidik
latar belakang penceramah yang ditonton mereka melalui media sosial
sebelum menerima sepenuhnya apa yang disampaikan mereka.
“Laporkan kepada pejabat agama jika ada pendakwah atau guru agama tidak bertauliah mengajar di tempat mereka.
“Masyarakat juga perlu berhati-hati sebelum memberikan
sumbangan kepada mana-mana pihak atau penceramah bebas dalam usaha
menyekat penyebaran fahaman bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Syarikat Telco Akan Beri Rebat Kepada Pelanggan Prabayar Malaysia Bermula 1 Januari 2015 – 31 Dis 2016
KUALA LUMPUR : Selaras dengan pengumuman Kerajaan
semasa Belanjawan 2016 pada bulan Oktober, syarikat-syarikat
telekomunikasi akan memberikan rebat kepada pelanggan prabayar individu
yang merupakan warganegara Malaysia, selama satu tahun sepanjang 2016.
Rebat yang bersamaan dengan jumlah GST akan dikreditkan terus ke
dalam akaun prabayar mereka, berkuatkuasa 1 Januari 2016 hingga 31
Disember 2016.
Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10, pada mulanya akan
mendapat kredit sebanyak RM9.43, di mana GST 6% akan ditolak daripada
tambah nilai tersebut.
Pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM0.57 dalam tempoh 24 jam.
GST yang dibayar oleh pelanggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan
Kastam, selaras dengan Undang-Undang dan garis panduan GST bagi semua
barangan dan perkhidmatan yang digunakan.
Syarikat-syarikat telekomunikasi telah berusaha untuk memastikan
proses peralihan berjalan lancar supaya pelanggan tidak menghadapi
sebarang masalah apabila membuat tambah nilai. Syarikat-syarikat
telekomunikasi juga telah dan akan terus melabur secara berterusan dalam
menaik taraf rangkaian negara untuk memastikan pelanggan memperoleh
pengalaman yang berkualiti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
KPDNKK Terima 46 Aduan Berkaitan Pembelian Gajet Telekomunikasi
KUALA LUMPUR : Sebanyak 46 aduan berhubung pembelian gajet
komunikasi diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(WPKL) menerusi kaunter aduan mini di tiga pusat beli belah di ibu
negara, minggu lepas.
Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK WPKL Mohd Shahran Mohd Arshad berkata
kaunter aduan berkenaan dibuka di Plaza Low Yat, Kompleks Pertama dan
Kompleks Kota Raya sepanjang minggu lepas bermula dari 21 Disember 2015.
“Kebanyakan aduan melibatkan dakwaan penipuan harga telefon bimbit oleh penjual,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Berikutan kebanyakan aduan itu diterima kaunter mini Kompleks Kota
Raya, beliau berkata KPDNKK WPKL menyambung operasi kaunter itu di pusat
beli belah berkenaan sehingga 3 Januari ini.
“KPDNKK WPKL juga akan menyiasat kesemua aduan berkenaan termasuk
menjejaki pemilik yang telah menutup perniagaan mereka,” katanya.
Kaunter aduan itu dikendalikan dua pegawai dari 11 pagi hingga 10 malam.
KPDNKK menempatkan anggota penguat kuasa di tiga kompleks itu
susulan insiden pergaduhan dipercayai berpunca daripada penipuan harga
gajet telekomunikasi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Jangan Terpengaruh Maklumat Tak Sahih Tentang 1MDB – Zahid
KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah
terpengaruh dengan maklumat tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
yang diperoleh daripada sumber yang diragui kesahihannya.
“Kita jangan menghukum berdasarkan kepada maklumat yang datang daripada sumber-sumber yang tidak disahkan.
“Saya fikir kita serahkan perkara ini kepada badan penyiasat di Malaysia supaya perkara sebenarnya akan dapat diketahui.
“Saya yakin apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa harus diberikan
taraf kewibawaan yang tinggi untuk kita meletakkan kebolehpercayaan
kepada agensi-agensi yang berkenaan,” katanya selepas majlis
penutupan Deklarasi Prioriti 2016 – Ekonomi Keutamaan Kita di sini, hari
ini.
Ketika diminta mengulas dakwaan yang dilaporkan sebuah portal berita
tentang 1MDB, Ahmad Zahid berkata penyiasatan berhubung syarikat
pelaburan strategik kerajaan itu sedang dilakukan oleh pihak berkuasa
dan penelitian turut dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Bincang Pandangan NGO Tentang Kos Sara Hidup
KUALA LUMPUR : Sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi
akan ditubuh bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO)
tentang isu kos sara hidup.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut
dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan.
Beliau berkata menteri terlibat ialah Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed;
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Pendidikan
Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir
Khalid.
“Menerusi jawatankuasa ini, saya akan menjemput pengerusi NGO untuk
menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan
sendiri luahan dan pandangan berhubung isu kos sara hidup,” katanya
ketika berucap pada majlis penutupan Deklarasi Prioriti 2016 – Ekonomi
Keutamaan Kita di sini hari ini.
Majlis anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) yang turut
dihadiri Pemegang Amanah YDSM Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu disertai 50
NGO pelbagai kluster.
Ahmad Zahid berkata jawatankuasa itu dijadual bermesyuarat pada awal
Januari depan bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh 50 NGO
berkenaan.
Pada majlis itu, Alimuddin membentangkan enam resolusi yang dicapai
NGO terbabit dan YDSM dalam menangani cabaran ekonomi 2016 termasuk kos
sara hidup.
Resolusi itu adalah memperkasa kemapanan mahasiswa dengan memberi
dorongan dan bantuan yang komprehensif untuk menjadi penggerak dan
penjana utama ekonomi; memperkasa peranan wanita melalui skim latihan
keusahawanan, penubuhan koperasi barang dapur, biro pengurangan beban
hutang keluarga dan institut pembantu rumah bertauliah; serta memupuk
dan meluaskan budaya keusahawanan di semua peringkat termasuk usahawan
seni, budaya, kesihatan dan kecantikan.
Resolusi lain adalah memfokuskan kepada agenda ‘satu keluarga satu
usahawan’; memastikan kesejahteraan hidup miskin bandar, miskin tegar,
golongan kelainan upaya dan warga emas; serta melaksanakan pelan
tindakan drastik dalam penguatkuasaan kawalan harga barangan.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Ahmad Zahid berkata jawatankuasa itu
merupakan kesinambungan kepada Jawatankuasa Kabinet Menangani Kos Sara
Hidup yang turut dipengerusikannya.
“Apa yang dibincangkan oleh jawatankuasa peringkat tertinggi ini akan
dibawa ke jawatankuasa kabinet untuk diambil langkah sewajarnya,” kata
timbalan perdana menteri.
Beliau bagaimanapun meminta pemimpin NGO dan rakyat memahami faktor
yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seperti
pengangkutan awam serta tol.
“Marilah kita sama-sama tidak menunding jari tetapi sebaliknya
mencari jalan terbaik, apakah cara holistik untuk menangani kos sara
hidup.
“Ini tentunya melibatkan perjanjian-perjanjian konsesi beberapa
projek raksasa sebelum ini dan harus dilihat kos sara hidup ini
bergantung juga kepada bahan-bahan import yang secara relatifnya
mempunyai hubungan dengan kos pengeluaran dan kos pengimportan,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Posts (Atom)