Thursday, December 10, 2015
Hamidah Boleh Minta Borang Amanah Dari Mat Sabu..
Semalam, bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Dato' Hamidah Osman
mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sengaja menjawab
soal dana politik RM2.6 bilion pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat
bagi mengelak soal balas dari anggota parlimen pembangkang.
Kononnya, jika Perdana Menteri menjawab soal RM2.6 bilion itu maka
beliau akan dihujani dengan pertikaian-pertikaian hebat dari pihak
pembangkang di Parlimen. Namun memandangkan ia dijawab pada hari
terakhir, maka Hamidah seolah-olah mendakwa Najib 'mengelat', lari dari
bersoal jawab.
Pada pandangan penulis, bila disebut 'bekas', maka 'bekaslah'. Bukan
lagi Ketua Wanita UMNO Bahagian, malah bukan lagi ahli UMNO sekali pun.
Bila dipecat, maka hakikatnya Hamidah bukan lagi ahli UMNO.
Pun begitu, beliau masih lagi mendakwa konon jiwanya itu, 'jiwa UMNO'.
Tidak tahulah penulis atas asas apa beliau mengatakan beliau 'berjiwa
UMNO'. Apa yang penulis tahu, orang yang berjiwa UMNO tahu peraturan
keluarga, berdisiplin, tahu jaga imej parti, tahu saluran yang betul
untuk mengkritik dan 'alif, ba, ta'. Hamidah ada?
Benarkah Najib lari dari menjawab soal RM2.6 bilion itu? Satu dunia
sudah tahu? Kononnya 'rakyat hampa' bila Najib 'lari' dari menjawab soal
dana politik tersebut? Benarkah? Atau itu hanyalah kata-kata seorang
yang sakit hati dipecat dari parti atas kesalahan diri sendiri?
Pada pandangan penulis, Najib dan ramai lagi pemimpin UMNO sudah
menjawab soal RM2.6 bilion itu. Di dalam UMNO pun sudah dijawab, kepada
rakyat Malaysia pun sudah dijawab dan kepada seluruh dunia pun sudah
dijawab.
Dana politik itu datangnya dari Timur Tengah. Itu jawapan. Wang itu
dimasukkan kepada pemegang amanah UMNO. Itu jawapan. Wang itu wang untuk
kegunaan UMNO dan bukan Hamidah seorang. Itu jawapan.
Dari mana dan siapa penyumbang dana itu? Fakta itu ada pada SPRM dan
Bank Negara. Sudah dijawab. RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB, itu juga
fakta yang disahkan oleh SPRM. Kenapa Timbalan Presiden, Naib Presiden
dan bekas Presiden tidak tahu tentang RM2.6 bilion? Kerana mereka bukan
pemegang amanah UMNO, itu juga fakta.
Kenapa Najib dapat RM2.6 bilion? Sebab beliau diyakini dan disokong,
tidak seperti Hamidah. Lagipun Najib adalah Presiden UMNO, bukan Ketua
Wanita Gopeng. Kenapa dijawab pada hari terakhir? Kalau dijawab pada
hari pertama dan dipertikai tiap-tiap hari, setiap jawapan yang diberi
tidak akan diterima malah langsung enggan difahami oleh pihak yang
bertanya.
Sebagai contoh, ialah kes Altantuya. Sudah dijawab berkali-kali, sudah
disahkan mahkamah Najib tiada kena mengena dengan kes itu, sudah
berkali-kali bersumpah di mimbar masjid bersaksikan Allah SWT, masih
lagi pembangkang dakwa Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor
membunuh warga Mongolia itu. Kenapa tidak babitkan sekali tukang kebun,
pemandu, 'cleaner' atau tukang masak Najib yang bunuh Altantuya?
Penulis melihat, pembangkang tidaklah bersungguh-sungguh sangat
bertanyakan tentang RM2.6 bilion itu. Hanya Hamidah dan konco-konconya
saja yang tiap-tipa hari tanya tentang dana itu. Pembangkang tahu, jika
mereka lebih-lebih bertanya, mungkin mereka juga terpaksa dedahkan
'sumber kewangan' mereka selama ini, bukan?
Lagipun, penulis yakin bahawa 'sumber-sumber' dana politik pembangkang
pun hebat-hebat khabarnya. Desas-desus mengatakan bahawa jumlah RM2.6
bilion itu hanya 'celah gigi' saja bagi pembangkang kerana 'funder'
mereka menyumbang lebih dari itu. Apatah lagi 'sumber' mereka itu agak
'kontoversi' dan mampu buat mereka 'biru muka' jika didedahkan,
benarkah?
Kerana itulah mereka tidak bersungguh-sungguh bertanyakan duit UMNO itu.
Bila Najib ajak sama-sama dedah, mereka 'menikus'. DAP sampai keluar
kenyataan tidak bersetuju? Nampak sangat banyak yang pihak pembangkang
cuba sembunyikan, bukan?
Tapi Hamidah pula yang 'menyalak' lebih-lebih? Kononnya jiwa UMNO?
Selama ini dana yang datang dari UMNO Pusat kepada Wanita UMNO Gopeng
itu datangnya dari 'kayangan', kah? Masa PRU ke-13 yang lalu dan PRU
yang sebelum-sebelumnya, dana pilihan raya untuk Gopeng dan Sungai Rapat
datang dari Tun Dr Mahathir Mohamad, kah?
Nampaknya Hamidah bagaikan 'terlebih sudu dari kuah'. Pembangkang pun
tidak bersikap sepertinya. Alang-alang sudah dipecat dari UMNO, masuk
sajalah Parti Amanah Negara (Amanah). Mungkin nanti boleh jadi Ketua
Wanita Amanah pula, kan? Itupun kalau Mat Sabu berkenan pada Hamidahlah,
kan?
Jika bukan ahli UMNO, buatlah macam bukan ahli UMNO. Jika tidak berjiwa
UMNO, tidak perlulah mengaku 'berjiwa UMNO'. Kerana tindakan dan
sikapnya nampak sangat bukan ahli dan berjiwa UMNO, bukan? Tidak
perlulah khianat pada parti bila sudah dipecat, lebih buat orang
menyampah saja. Jika tidak percaya, boleh tanya pada Mat Sabu. Dia ada
pengalaman begitu...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment