Monday, December 28, 2015

MARA Digital Hanya Pilihan, Bukan Untuk Saingan – Ismail Sabri

BERA : Ada pihak didapati tidak senang dengan kewujudan Mara Digital sehingga sanggup menyebarkan pelbagai tohmahan termasuk melalui media sosial untuk memastikan pusat usahawan digital bumiputera itu gagal.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkenaan dipercayai melakukan perkara itu untuk memastikan monopoli mereka dalam bidang itu terus kekal.
BERA, 26 Dis -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (belakang, tengah) beramah mesra dengan penerima bantuan persekolahan ketika majlis "Back To School" anjuran Yayasan Pelajaran Mara hari ini.     Turut hadir Timbalan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Zahida Zarik Khan (belakang, tiga kiri).    Sebanyak 2000 pelajar menerima bantuan berupa beg dan pakaian sekolah yang diberikan kepada keluarga miskin dan mereka yang mempunyai ramai anak dalam Parlimen Bera. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Langkah mewujudkan Mara Digital ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak tetapi sebagai langkah untuk menyediakan tempat perniagaan kepada bumiputera sesuai dengan peranan Mara itu sendiri.

“Ini kerana selama ini peniaga bumiputera dalam bidang tersebut susah untuk mendapat tempat dan jikalau adapun sewanya agak mahal, menyebabkan ramai yang tidak mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Back To School Yayasan Pelajaran Mara’ di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusinya, Zahida Zarikh Khan.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata pihak lain tidak sepatutnya merasa terancam dengan kewujudan pusat digital berkenaan ia hanya merupakan alternatif kepada pusat digital yang sedia ada di negara ini.

“Tak perlu rasa terancam sebab pusat itu hanya mempunyai 38 gerai berbanding pusat digital lain yang lebih besar dan mempunyai beratus-ratus gerai.

“Kami hanya menyediakan pilihan kepada pengguna dan kami tidak pernah memaksa mereka untuk membeli-belah di situ, jadi tak perlulah nak memburukkan Mara Digital,” katanya.

Menurutnya kewujudan Mara Digital juga sedikit sebanyak membantu menghidupkan kembali Arked Mara yang selama ini perniagaan di kawasan itu hampir malap.

Sementara itu sepanjang tahun ini Yayasan Pelajaran Mara memperuntukkan RM2.5 juta untuk menyalurkan peralatan kelengkapan persekolahan kepada 25,000 pelajar di seluruh negara.

Ismail Sabri berkata jumlah itu meningkat berbanding RM1.8 juta peruntukan yang disalurkan pada tahun lepas untuk membantu 16,000 pelajar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment